Benarkah melangsaikan hutang rumah awal bukanlah idea yang baik? Jika tidak, kenapa dan siapa golongan yang harus elak daripada cuba melangsaikan hutang rumah awal?
Jom kita tengok sebab-sebab kenapa untuk sesetengah orang, langsaikan hutang rumah lebih awal adalah bukan idea yang baik.
Contohnya 24 bulan sehingga 5 tahun mengikut bank dari tarikh pembayaran ansuran bulanan pinjaman hartanah kita.
Sekiranya kita menyelesaikan seluruh jumlah pinjaman sebelum tempoh Lock-In Period, kita akan dikenakan penalti 2% hingga 5% daripada pinjaman rumah tersebut.
Jika harga rumah RM300,000 dan kadar penalti Lock-In Period yang ditetapkan adalah 2%, maka kita wajib membayar RM6,000 kepada bank! Jadi, tanya bank dulu sebelum anda membuat Lock-in Period.
Ini kerana, berdasarkan data yang dikeluarkan Bank Negara menerusi portal Housing Watch, kadar kenaikan harga rumah secara keseluruhannya di Malaysia adalah pada paras yang tidak sihat. Ini belum lagi ditambah dengan kadar deflasi yang mencatatkan angka membimbangkan.
Industri hartanah bagi tempoh masa terdekat ini tidak akan mampu menikmati peningkatan harga rumah yang mendadak sungguh pun wujud stimulus ransangan industri hartanah dari Kerajaan.
Untuk rekod, pertumbuhan Indeks Harga Harta Tanah Kediaman Malaysia dilaporkan pada angka -0.170% pada Disember 2019 berbanding 0.810% pada September 2019.
Angka ini meningkat sebanyak 30.6% daripada tahun 2017 dengan jumlah hartanah tidak terjual pada angka 24,738 unit.
Punca masalah ini berlaku adalah kerana ‘mismatch’ dalam penawaran dan permintaan harta tanah dari pemaju dan pembeli semenjak tahun 2015 lagi apabila pemaju gagal memahami bahawa apa yang pembeli mahukan adalah hartanah dengan kurungan harga RM250,000 ke bawah.
Senario hartanah hari ini tetap sama di mana terlalu banyak penawaran dan kurang permintaan.
Rumah teres dua tingkat yang kita beli di Puncak Alam dengan harga RM330,000 pada Februari 2020 belum tentu mampu dapat dijual dengan harga RM330,000 hari ini.
Kesimpulannya, melangsaikan hutang rumah sekaligus mengurangkan kadar faedah yang kita bayar secara bulanan kepada bank, tapi itu hanya sesuai untuk pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi seperti hutang kad kredit yang boleh mencecah sehingga 18%.

- Risiko Bayaran Penalti Dari Tempoh Kunci Gadai Janji (Lock-In Period)
Contohnya 24 bulan sehingga 5 tahun mengikut bank dari tarikh pembayaran ansuran bulanan pinjaman hartanah kita.
Sekiranya kita menyelesaikan seluruh jumlah pinjaman sebelum tempoh Lock-In Period, kita akan dikenakan penalti 2% hingga 5% daripada pinjaman rumah tersebut.
Jika harga rumah RM300,000 dan kadar penalti Lock-In Period yang ditetapkan adalah 2%, maka kita wajib membayar RM6,000 kepada bank! Jadi, tanya bank dulu sebelum anda membuat Lock-in Period.
- Kadar kenaikan harga rumah tidak memberangsangkan
Ini kerana, berdasarkan data yang dikeluarkan Bank Negara menerusi portal Housing Watch, kadar kenaikan harga rumah secara keseluruhannya di Malaysia adalah pada paras yang tidak sihat. Ini belum lagi ditambah dengan kadar deflasi yang mencatatkan angka membimbangkan.
Industri hartanah bagi tempoh masa terdekat ini tidak akan mampu menikmati peningkatan harga rumah yang mendadak sungguh pun wujud stimulus ransangan industri hartanah dari Kerajaan.
Untuk rekod, pertumbuhan Indeks Harga Harta Tanah Kediaman Malaysia dilaporkan pada angka -0.170% pada Disember 2019 berbanding 0.810% pada September 2019.
- Kurang kuasa beli
Angka ini meningkat sebanyak 30.6% daripada tahun 2017 dengan jumlah hartanah tidak terjual pada angka 24,738 unit.
Punca masalah ini berlaku adalah kerana ‘mismatch’ dalam penawaran dan permintaan harta tanah dari pemaju dan pembeli semenjak tahun 2015 lagi apabila pemaju gagal memahami bahawa apa yang pembeli mahukan adalah hartanah dengan kurungan harga RM250,000 ke bawah.
Senario hartanah hari ini tetap sama di mana terlalu banyak penawaran dan kurang permintaan.
Rumah teres dua tingkat yang kita beli di Puncak Alam dengan harga RM330,000 pada Februari 2020 belum tentu mampu dapat dijual dengan harga RM330,000 hari ini.
Kesimpulannya, melangsaikan hutang rumah sekaligus mengurangkan kadar faedah yang kita bayar secara bulanan kepada bank, tapi itu hanya sesuai untuk pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi seperti hutang kad kredit yang boleh mencecah sehingga 18%.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan