Wasiat, hibah dan waqaf adalah antara instrumen dalam perancangan harta pusaka. Walau bagaimanapun, dari sudut teknikaliti masih ramai yang keliru dan tidak tahu bagaimana nak buat sebuah dokumen perwarisan yang lengkap.
Oleh itu jom kita tengok 4 perkara yang perlu dibuat untuk merancang pusaka.
Simpan semua dokumen-dokumen berkaitan dalam satu fail khas. Label fail tersebut untuk memudahkan waris mencarinya setelah kita tiada nanti.
Gunakan Word, Excel atau apa-apa aplikasi untuk senaraikan kesemua aset dan hutang yang kita miliki.
Buat dua simpanan, satu softcopy yang boleh disimpan dalam email dan satu hardcopy untuk diletak sekali dalam fail tersebut.
Apakah tugas pemegang amanah?
Wasi (pemegang amanah) adalah individu yang bertanggungjawab untuk menguruskan harta pusaka kita mengikut wasiat atau pesanan kita.
Kebiasaanya disarankan untuk kita melantik ahli keluarga terdekat yang kita percaya akan berlaku amanah setelah kematian kita nanti.
Apa jadi kalau tak lantik wasi?
Waris perlu mendapatkan kata sepakat untuk melantik seorang wakil untuk uruskan pusaka.
Permuafakatan ini akan memanjangkan lagi proses menuntut harta pusaka kita nanti.
Mungkin, waris tak dapat kata sepakat, harta pusaka pun terus terbeku, tiada siapa yang nak uruskan.
Contoh aset dana pantas adalah duit dalam akaun KWSP dan Tabung Haji yang telah berpenama. Pampasan takaful berpenama pun termasuk dalam aset dana pantas.
Kenapa perlu dana pantas?
Ini untuk memudahkan waris kita menguruskan harta pusaka. Kena ingat nak urus harta pusaka bukan percuma! Ada kos yang perlu dikeluarkan.
Kerana telah terjadi banyak kes pusaka yang terus terbeku kerana waris tiada tunai untuk uruskan pusaka si mati.
Walaupun kita tinggalkan RM2 juta dalam akaun bank sekalipun, jika waris kita tiada tunai sekurangnya 5% daripada keseluruhan pusaka kita, maka RM2 juta tersebut akan terus dibekukan.
Akhirnya waris tak dapat manfaat daripada harta pusaka.
Dulu-dulu di zaman atuk nenek kita, mereka tidak begitu ambil perhatian terhadap perancangan harta. Biasanya kalau atuk nak berikan harta hanya beritahu melalui cakap mulut sahaja.
Tiada hitam putihnya
Oleh itu penting kalau nak buat wasiat, pastikan dokumen perwarisan tersebut lengkap bertarikh dan mempunyai saksi. Ini bagi mengelakkan pertikaian antara waris setelah kita meninggal dunia sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pesanan kita semasa hidup.
Dengan adanya dokumen lengkap sebegini, mudah bagi wasi atau Ahli Jawatankuasa pusaka nak laksanakan pesanan si mati. Sama ada si mati ada berwasiat, buat hibah atau waqafkan sebahagian daripada hartanya.
Analogi mudahnya begini, dalam banyak urusan kehiudupan seharian, kita serahkan kepada pakar untuk bantu kita.
Nak buat rumah idaman, kita panggil kontraktor berpengalaman untuk bina.
Bila kereta rosak, kita hantar kepada pakar kereta (bengkel) untuk betulkan.
Nak jahit baju raya, kita tempah dari pakar yang pandai menjahit.
Oleh itu, sewajarnya juga kita cari dan dapatkan perkhidmatan pakar perwarisan harta pusaka untuk bantu rancang harta kita.

- Kumpul Dan Senaraikan Segala Aset Dan Liabiliti Semasa
Simpan semua dokumen-dokumen berkaitan dalam satu fail khas. Label fail tersebut untuk memudahkan waris mencarinya setelah kita tiada nanti.
Gunakan Word, Excel atau apa-apa aplikasi untuk senaraikan kesemua aset dan hutang yang kita miliki.
Buat dua simpanan, satu softcopy yang boleh disimpan dalam email dan satu hardcopy untuk diletak sekali dalam fail tersebut.
- Lantik Pemegang Amanah Atau Ahli Jawatankuasa Pusaka
Apakah tugas pemegang amanah?
Wasi (pemegang amanah) adalah individu yang bertanggungjawab untuk menguruskan harta pusaka kita mengikut wasiat atau pesanan kita.
Kebiasaanya disarankan untuk kita melantik ahli keluarga terdekat yang kita percaya akan berlaku amanah setelah kematian kita nanti.
Apa jadi kalau tak lantik wasi?
Waris perlu mendapatkan kata sepakat untuk melantik seorang wakil untuk uruskan pusaka.
Permuafakatan ini akan memanjangkan lagi proses menuntut harta pusaka kita nanti.
Mungkin, waris tak dapat kata sepakat, harta pusaka pun terus terbeku, tiada siapa yang nak uruskan.
- Sediakan Dana Pantas
Contoh aset dana pantas adalah duit dalam akaun KWSP dan Tabung Haji yang telah berpenama. Pampasan takaful berpenama pun termasuk dalam aset dana pantas.
Kenapa perlu dana pantas?
Ini untuk memudahkan waris kita menguruskan harta pusaka. Kena ingat nak urus harta pusaka bukan percuma! Ada kos yang perlu dikeluarkan.
Kerana telah terjadi banyak kes pusaka yang terus terbeku kerana waris tiada tunai untuk uruskan pusaka si mati.
Walaupun kita tinggalkan RM2 juta dalam akaun bank sekalipun, jika waris kita tiada tunai sekurangnya 5% daripada keseluruhan pusaka kita, maka RM2 juta tersebut akan terus dibekukan.
Akhirnya waris tak dapat manfaat daripada harta pusaka.
- Dokumen Yang Disediakan Mesti Bertulis, Bertarikh Dan Bersaksi
Dulu-dulu di zaman atuk nenek kita, mereka tidak begitu ambil perhatian terhadap perancangan harta. Biasanya kalau atuk nak berikan harta hanya beritahu melalui cakap mulut sahaja.
Tiada hitam putihnya
Oleh itu penting kalau nak buat wasiat, pastikan dokumen perwarisan tersebut lengkap bertarikh dan mempunyai saksi. Ini bagi mengelakkan pertikaian antara waris setelah kita meninggal dunia sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pesanan kita semasa hidup.
Dengan adanya dokumen lengkap sebegini, mudah bagi wasi atau Ahli Jawatankuasa pusaka nak laksanakan pesanan si mati. Sama ada si mati ada berwasiat, buat hibah atau waqafkan sebahagian daripada hartanya.
- Bonus: Guna Khidmat Pakar
Analogi mudahnya begini, dalam banyak urusan kehiudupan seharian, kita serahkan kepada pakar untuk bantu kita.
Nak buat rumah idaman, kita panggil kontraktor berpengalaman untuk bina.
Bila kereta rosak, kita hantar kepada pakar kereta (bengkel) untuk betulkan.
Nak jahit baju raya, kita tempah dari pakar yang pandai menjahit.
Oleh itu, sewajarnya juga kita cari dan dapatkan perkhidmatan pakar perwarisan harta pusaka untuk bantu rancang harta kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan