Selasa, Disember 15

Cara Mengatasi Ketagihan Kad Kredit

Ketagih untuk berbelanja menggunakan kad kredit bukanlah sesuatu yang pelik. Tabiat berbelanja tanpa kawalan dengan kad kredit boleh menyebabkan kesan yang buruk terhadap kehidupan seseorang seperti masalah hutang, masalah rumah tangga, kerjaya dan sebagainya.

Berikut merupakan tip yang boleh digunakan untuk menghilangkan ketagihan kad kredit:

1. Teliti Keadaan Kewangan

Check semula situasi kewangan semasa. Ini bagi memastikan kita mendapatkan gambaran yang jelas tentang keadaan sebenar kewangan peribadi.

Lihat jumlah tunggakkan hutang serta perbelanjaan bulanan kad kredit. Kaedah terbaik bagi melihat perbelanjaan dan juga hutang adalah dengan membuat penyata pendapatan peribadi.

Jadi kita boleh lihat berapa banyak duit yang telah kita belanja untuk sebulan. Berbaloi atau tidak dengan gaji kita?

2. Hentikan Penggunaan Kad Kredit

Langkah seterusnya adalah menghentikan penggunaan kad kredit. Walaupun bukan untuk selamanya, tetapi at least buat masa sekarang bagi memperbaiki tahap kewangan kita terlebih dahulu.

Mula membayar segalanya secara tunai. Ini akan membuatkan kita lebih peka dengan segala belanja yang kita keluarkan.

Jika kita sudah mula dapat mengawal diri dalam berbelanja, barulah kita boleh menggunakan kembali kad kredit. Tapi ingat, jangan mudah mengikut nafsu dan terjerat lagi dengan hutang kad kredit yang melampau!

3. Kendalikan Hutang

Bergantung kepada jumlah hutang yang ditanggung, kita mungkin mahu menyatukan hutang atau mendapatkan kad lain bagi membuat pemindahan baki.

Kalau nak tahu, terdapat banyak syarikat kewangan yang menawarkan bantuan untuk kita menyusun semula hutang bagi memulihkan situasi kewangan kita.

4. Buat Dana Kecemasan

Walaupun telah bersedia dengan pelindungan takaful bagi segala aspek seperti medical card, takaful kenderaan, takaful hayat dan sebagainya, kita masih berpotensi untuk menghadapi masalah kewangan.

Dengan adanya simpanan kecemasan ini, beban kewangan kita boleh diringankan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

5. Buat Senarai Sebelum Keluar Membeli-belah

Kebanyakan orang pasti pernah mengalami situasi di mana barang lain yang ingin dibeli, barang lain pula yang dibawa balik. Sebab itu, penting untuk anda menyenaraikan apa yang perlu anda beli.

Bila sudah sampai ke kedai atau pasar raya tersebut, terus ambil barangan dalam senarai tadi. Mata pula janganlah meliar melihat promosi benda lain pula.

Kalau kita dapat mendisiplinkan diri, kita pasti dapat mengelakkan dari membazir atau membeli barang yang tidak penting.

6. Tinggalkan Dompet Di Rumah

Kalau kita tak merancang untuk membeli apa-apa di luar, buat apa nak bawa dompet atau beg duit?

Ini mungkin merupakan langkah terbaik untuk mengelakkan diri dari melencong ke mana-mana kedai untuk membeli barang.

7. Dapatkan Nasihat Pakar

Satu lagi cara terbaik untuk mengurangkan ketagihan ini adalah dengan mendapatkan khidmat bantuan dan juga nasihat daripada mereka yang lebih pakar. Buat peringkat awal, kita mungkin boleh meminta pendapat daripada ahli keluarga atau rakan-rakan yang boleh dipercayai.

Kesimpulan

Walaupun kad kredit mampu memberikan pelbagai manfaat dan juga ganjaran kepada penggunanya, sekiranya tidak pandai mengawal diri, seseorang itu boleh terjerat ke dalam masalah yang lebih besar seperti muflis.

Jadi kita harus bijak dan berdisiplin semasa menggunakannya. Jangan biarkan diri dikawal oleh nafsu berbelanja. 

2 ulasan:

  1. I am really surprised by the quality of your constant posts.You really are a genius, I feel blessed to be a regular reader of such a blog Thanks so much..I’m really enjoying the design and layout of your site. It’s a very easy on the eyes which makes it much more pleasant for me to come here and visit more often. Did you hire out a designer to create your theme? Excellent work!Mobile price bd
    Onlinekaj.com
    ভিটমেট plz sir Don't delate my comment, It’s dependent my future Thank you..

    BalasPadam