Apa itu Cukai Taksiran?
'Cukai Pintu' juga disebut Cukai Taksiran adalah cukai yang dikutip oleh pihak berkuasa tempatan untuk menampung kos membangun dan mengekalkan infrastruktur dan perkhidmatan tempatan.
Cukai ini pada asasnya adalah caj untuk mengekalkan kawasan setempat. Ia membantu untuk membayar perkara-perkara seperti:
Cahaya lampu di tepi jalan
Pembersihan taman
Pengumpulan sisa perbandaran
Lain-lain pekerjaan untuk menjadikan tempat tinggal lebih baik dan selesa
Siapa Yang Perlu Membayar Cukai Taksiran?
Semua pemilik harta tanah perlu membayar cukai taksiran, dari harta tanah kediaman seperti banglo ke bangunan perindustrian seperti kilang dan tapak perkilangan.
Secara dasarnya, jika anda memiliki harta tanah, maknanya anda mempunyai cukai taksiran untuk dibayar.
Sebagai pemilik harta tanah, anda bertanggungjawab untuk membayar caj ini, walaupun anda telah menyewakan kepada orang lain.
Sekiranya bangunan kosong, anda masih perlu membayar cukai taksiran, tetapi anda mungkin boleh memohon tuntutan remisi, dan juga mendapatkan bayaran balik untuk tempoh kekosongan tersebut.
Anda mesti memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan secara bertulis dalam tempoh 7 hari daripada harta tanah anda tidak didiami, jika tidak, kadar tuntutan remisi akan dipulangkan mengikut tarikh surat diterima.
Sesetengah negeri menawarkan pengecualian cukai taksiran bagi perumahan kos rendah dan sederhana, jadi anda patut memeriksa peraturan negeri untuk mengetahui jika anda boleh dikecualikan.
Berapakah Saya Perlu Bayar Untuk Cukai Taksiran?
Cukai taksiran dikira berdasarkan anggaran nilai tahunan harta tanah anda.
Setelah nilai tersebut didapati, anda akan dicaj mengikut kadar peratusan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Agaknya berapa bayaran cukai yang akan dikenakan?
Jumlah sebenar berbeza dari negeri ke negeri, tetapi sebagai garis panduan, ia adalah 4% daripada nilai tahunan harta tanah kediaman anda.
Nilaian juga berbeza mengikut jenis dan spesifikasi harta tanah, bermakna flat yang kecil akan dikenakan bayaran cukai yang kurang daripada banglo mewah. Lihat di bawah untuk mengetahui bagaimana kiraan sebenarnya.
Katakan nilai tahunan bagi harta tanah tertentu dianggarkan RM48,000. Kemudian, 4% daripada jumlah ini adalah cukai taksirannya, bermakna cukai taksiran sebanyak RM1,920 setiap tahun.
Oleh kerana cukai taksiran dikutip sebanyak dua kali sepanjang tahun, anda perlulah membayar sebanyak RM960 setiap pembayaran (berdasarkan contoh di atas).
Pembayaran boleh berubah mengikut keadaan, tetapi biasanya jatuh pada hari terakhir bulan Februari, dan hari terakhir bulan Ogos.
Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Membayar Cukai Taksiran?
Sebaik sahaja anda memiliki harta tanah, anda telah terikat dengan undang-undang untuk membayar cukai taksiran. Ini bermakna jika anda gagal melangsaikan bayaran yang sepatutnya, anda mungkin akan menerima caj penalti.
Pertama sekali, notis pembayaran akan dikeluarkan. Caj penalti atas tunggakan mungkin akan dikenakan sekiranya anda gagal bayar.
Jika anda gagal juga membayar penalti dan cukai asal, waran tangkap boleh dikeluarkan.
Pihak berkuasa tempatan kemudian diberi kuasa untuk merampas barang-barang anda, dan mengenakan caj tambahan sebanyak 10% untuk mengeluarkan waran.
Untuk keadaan yang lebih ekstrim, waran membenarkan pihak berkuasa tempatan untuk:
Menyita mana-mana barangan sendirian yang terdapat dalam bangunan atau harta tanah
Melelong bangunan atau tanah dengan pelelong yang dilantik
Penyewa, awas! Anda perlu berhati-hati kerana dalam sesetengah kes, tempat yang anda sewa mungkin boleh disita sekiranya tuan tanah tidak membayar bil cukai taksiran mereka.
Jika mereka enggan membayar tunggakan, harta tanah mereka mungkin berada dalam keadaan yang sangat berisiko, dan anda mungkin akan kehilangan barangan anda ditempat tersebut.
Kenapa hanya tulis 'Pemilik' untuk cukai taksiran
Sebenarnya, pihak berkuasa tempatan masih belum mengetahui maklumat terhadap pemilik rumah tersebut. Sebab itulah mereka hanya meletakkan 'Pemilik' bagi pemilik rumah tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan