Kajian penulis mendapati terdapat 4 punca utama wujudnya banyak projek terbengkalai:
1. Muflis Dikalangan Pemaju Harta Tanah
Setakat 20 Oktober 2020, terdapat 187 jumlah pemaju projek swasta terbengkalai. Kebanyakan daripada mereka gagal menyiapkan projek harta tanah kerana digulung atau dalam istilah lain muflis.
Kesan apabila pemaju harta tanah muflis, pembeli rumah terpaksa berputih mata melihat projek rumah yang mereka idamkan menjadi projek gajah putih.
Untuk rekod, pemaju hartanah yang gagal menyiapkan projek yang diusahakan dan pihak pemaju harta tanah mempunyai hutang yang banyak sehingga gagal untuk menjelaskan hutang-hutang dan pihak mahkamah terpaksa menggulungkan syarikat pemaju hartanah tersebut.
2. Teknologi Pembinaan
Tidak semua pemaju harta tanah swasta yang ada menggunakan teknologi terkini. Banyak yang kurang beradaptasi dengan teknologi terkini dalam pembinaan.
Banyak kesan positif apabila pemaju harta tanah beradaptasi dengan teknologi terkini seperti LBS Bina Group Bhd yang berjaya menyiapkan projek LBS Alam Perdana pada Februari 2020 yang lalu.
Dengan penggunaan teknologi terkini, pemaju harta tanah dapat menjimatkan kos dan tempoh pembinaan.
3. Kelewatan Mendapat Kelulusan
Punca terbesar wujudnya banyak projek terbengkalai adalah kerana pemaju lewat mendapat kelulusan penggunaan ‘tower crane’ dan kelewatan mendapatkan kebenaran merancang projek harta tanah.
Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana dipandang sebagai punca utama kelewatan projek-projek tersebut.
Yang terpaksa menanggung rugi adalah pembeli unit kediaman yang telah membayar progressive payment.
4. Kesilapan Teknikal
Acap kali berlaku kesilapan teknikal daripada kontraktor seperti kesilapan pemasangan cerucuk, kesilapan juruukur bahan binaan dalam membuat kiraan anggaran kos dan arkitek yang mereka bentuk projek harta tanah.
Isu yang kian menjadi masalah besar dalam industri pembinaan adalah peranan golongan profesional yang terlibat bermula dari proses permulaan projek sehingga ke proses rekabentuk dan pembinaan.
Sungguhpun kesilapan teknikal dalam pembinaan adalah terpencil, kesilapan ini tetap berlaku dan sedikit sebanyak melanjutkan tempoh projek tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan