Selasa, Mei 18

Kos Yang Anda Perlu Bayar Jika Ingin Jual Rumah


Jom kita lihat beberapa kos sekiranya ingin jual rumah:

1. Yuran Agensi Harta Tanah

Standard di Malaysia akan mengenakan yuran maksimum sehingga 3 peratus.

Apabila kita melantik agensi hartanah untuk mengendalikan penjualan rumah, mereka akan melakukan semua kerja dari proses pemeriksaan rumah, pengiklanan, komunikasi dengan bakal pembeli, berurusan dengan peguam, pejabat tanah, pihak bank dan segala urusan berkaitan sehinggalah proses pindah milik selesai.

Jadi itulah nilai yang perlu kita bayar di atas semua kerja-kerja yang dibuat.

Sebagai contoh, harga jualan rumah RM500,000 maka yuran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM15,000. Pembeli akan membuat bayaran tersebut ke akaun agensi hartanah (bukan akaun persendirian) sebagai tanda untuk booking rumah.

Selaku tuan rumah, kita juga boleh menjual sendiri rumah tersebut tetapi masih perlu mengeluarkan sedikit kos untuk pemasaran, pengiklanan, duit pengangkutan, dan masa.

Pilihan di tangan anda sama ada nak jual sendiri atau nak lantik agensi hartanah.

2. Yuran Guaman

Tuan rumah perlu melantik peguam untuk menguruskan perjanjian jual beli rumah. Peguam akan menyediakan surat tawaran dan perjanjian tersebut.

Selain itu, peguam juga berperanan mengendalikan semua hal yang berkaitan undang-undang dalam proses jual beli tersebut. Lantikan peguam adalah bebas sama ada melantik peguam yang sama dengan pembeli atau melantik peguam yang berlainan.

Jika lantikan adalah peguam yang sama, mungkin dapat berjimat sedikit daripada segi kos. Secara kasarnya, kos yang perlu dibayar adalah 1 peratus daripada harga rumah.

Sebagai contoh, jualan rumah pada harga RM500,00 maka kos guaman adalah sebanyak RM5,000.

3. Kos Penambahbaikan

Untuk mempercepatkan proses penjualan rumah, kita perlu mengeluarkan sedikit modal untuk penambahbaikan rumah. Di luar sana, ramai lagi yang ingin menjual rumah dan ingin mendapatkan pembeli dengan cepat.

Jadi tidak salah kita posisikan rumah yang ingin dijual dengan mengeluarkan sedikit kos seperti mengecat semula, menggantikan jubin yang pecah atau menukar kipas yang sudah usang.

Kita perlu meletakkan diri sebagai pembeli, adakah ingin membeli rumah yang telah usang dan tak diselenggara dengan baik?

4. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Apabila kita mendapat hasil dari jualan rumah tersebut, kita perlu membuat bayaran cukai kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam bahasa mudah, kita perlu membayar cukai kepada kerajaan di atas keuntungan yang diperolehi tersebut. Tetapi buat masa sekarang dan untuk merancakkan sektor hartanah, kerajaan telah mengecualikan CKHT terhad kepada 3 unit hartanah kediaman.

Kediaman sahaja, untuk aktiviti komersial seperti shop lot tidak termasuk dalam inisiatif ini.

Sebagai tambahan, setiap individu mempunyai kuota satu pengecualian CKHT seumur hidup. Bermakna, jika kita hanya menjual sekali hartanah kediaman seumur hidup, memang tidak akan dikenakan cukai.

Hartanah kediaman bernilai RM200,000 dan ke bawah juga tidak dikenakan cukai.

Selama ini dah tahu kos nak beli rumah, tapi sekarang anda dah tahu pula kos nak jual rumah.

Kalau nak beli rumah subsale kena standby lebih kurang 15% daripada harga rumah yang hendak dibeli, nak jual rumah pula kena standby lebih kurang 5% daripada harga rumah yang hendak dijual. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan