Khamis, Jun 17

Penangguhan Bayaran Ansuran Cukai Secara Automatik Bagi Industri Terpilih Di Bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA)


Kerajaan telah mengumumkan lima (5) fokus utama program pemulihan dan pemerkasaan ekonomi sepanjang tahun 2021 iaitu mengawal penularan COVID-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi.

Bagi merangsang semula sektor pelancongan dan peruncitan, Kerajaan antaranya telah memperkenalkan inisiatif yang membenarkan penangguhan pembayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) dan Skim Ansuran (CP500) secara automatik bagi tempoh 1 April 2021 hingga 31 Disember 2021 kepada pembayar cukai yang menjalankan aktiviti pelancongan seperti ejen pelancongan, pengendali hotel dan syarikat penerbangan serta industri terpilih seperti panggung wayang dan spa.

Senarai kod Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC) aktiviti perniagaan yang layak mendapat penangguhan bayaran ini adalah seperti di atas.

Satu pemberitahuan melalui e-mel rasmi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menggunakan domain e-mel @hasil.gov.my akan dikeluarkan kepada pembayar cukai yang layak berdasarkan maklumat Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang diterima oleh LHDNM.

Pembayar cukai yang menjalankan aktiviti perniagaan berdasarkan kepada kod MSIC tersebut tetapi tidak menerima pemberitahuan boleh membuat rayuan melalui e-mel cp204pemerkasa@hasil.gov.my atau cp500pemerkasa@hasil.gov.my.

Bagi memberikan pemahaman yang jelas, LHDNM telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Asked Questions – FAQ) berkaitan Penangguhan Bayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) dan Skim Ansuran (CP500) mulai 1 April 2021 hingga 31 Disember 2021 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) yang boleh dicapai melalui pautan berikut:

Versi Bahasa Malaysia –

Soalan Lazim

Versi Bahasa Inggeris –

Soalan Lazim (English)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan