Jumaat, Julai 2

Siapakah Yang Perlu Bayar Perkhidmatan Ejen Harta Tanah?


Anda tak mahu bayar perbelanjaan ejen penjual rumah. Jadi siapa yang perlu bayar? Penjual atau pembeli? Jawapannya, kedua-duanya!  Tapi, secara teknikalnya, penjual yang kena bayar. Aduh, pening pula kan? Okay, biar kami cerita dulu.

Macam ni, penjuallah yang sepatutnya membayar yuran ejen tersebut, tapi mereka mempunyai pilihan untuk memasukkannya ke dalam harga tawaran, jadi harga jualan yang sebenarnya ialah RMx + 3%

Oleh itu, bila anda membeli harta tanah, komisen ejen telah pun dimasukkan sekali ke dalam harga belian.

Bilakah Anda Perlu Mambayar Komisen Kepada Ejen Harta Tanah?

Haa… ramai sebenarnya yang keliru bila tanya soalan ni. Nak kena tunggu bayar masa awal-awal, lepas semua dokumen-dokumen penting dah ditandatangi, atau pun selepas stamped?

Semua ini ada dijelaskan di dalam Piawaian Agensi Harta Tanah Malaysia/Malaysian Estate Agency Practice (MEAS), pada perenggan No. 7:

7.2.2.1 Jika sekiranya perjanjian jual beli ataupun perjanjian sewa rumah tak mempunyai pra-syarat, yuran ejen hendaklah dibayar setelah perjanjian jual beli atau perjanjian sewa ditandatangani.

Secara ringkasnya, anda perlu membayar komisen atau yuran kepada ejen setelah semua dokumen penting ditandatangani. Tak perlu menunggu sehingga dokumen tersebut stemped.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan