Isnin, Oktober 4

7 Kesan Jika Diisytiharkan Bankrap


 Apa Itu Bankrap?

Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM50,000.00.

Dalam kata mudah, jika anda mempunyai hutang kepada pihak bank sebanyak RM50,000 dan ke atas dan tidak mempunyai kemampuan untuk membayar, anda boleh diisytiharkan bankrap. Ianya mungkin melibatkan hanya satu bank atau beberapa buah bank.

Selain daripada itu, anda juga boleh momohon secara sukarela untuk mengisytiharkan diri sendiri sebagai bankrap dan ia tidak melibatkan sebarang had atau jumlah hutang (tidak semestinya RM50,000). Permohonan sukarela ini dibuat untuk mengelakkan tuntutan yang berlebihan dari pihak bank.

7 Kesan Jika Disytiharkan Bankrap

  1. Sekatan ke luar negara tanpa kebenaran Mahkamah atau Ketua Pengarah Insolvensi
  2. Tidak boleh memegang jawatan sebagai pengarah syarikat
  3. Hilang kelayakan sebagai ahli parlimen
  4. Hilang kelayakan sebagai penjawat awam (tertakluk pada tindakan tatatertib)
  5. Tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi
  6. Tidak boleh menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongsian atau menubuhkan syarikat
  7. Pencen dan ganjaran lain yang diterima oleh orang yang bankrap hendaklah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dibahagikan kepada pemiutang. Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Insolvensi mempunyai budi bicara untuk menentukan berapa jumlah pencen dan ganjaran yang boleh diberikan kepada bankrap

Jika anda mempunyai masalah kewangan dan tidak mempunyai keupayaan membayar balik pinjaman, bincang dahulu dengan pihak bank. Kebanyakan bank bersikap terbuka kerana mereka juga ingin mengelakkan masalah hutang tidak berbayar (NPL).

Jika masih tiada penyelesaian, anda boleh mendapatkan bantuan secara percuma melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu rakyat Malaysia dalam Kaunseling Kewangan, Program Pengurusan Kredit, dan Pendidikan Kewangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan