Khamis, November 18

6 Nasihat Mark Cuban Dalam Perniagaan


Pernahkah anda dengar nama Mark Cuban? Kalau tak pernah, jom kita tengok siapa beliau dan apakah nasihat beliau kepada mereka yang nak berjaya dalam perniagaan.

Beliau Bernilai USD4.5 Bilion

Mark Cuban lahir pada tarikh 31 Julai 1958. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan pelabur yang terkenal di Amerika Syarikat. Beliau adalah pemilik Dallas Mavericks, sebuah pasukan bola keranjang, pemilik bersama 2929 Entertainment dan pengerusi AXS TV.

Beliau juga merupakan salah seorang pelabur utama di dalam siri televisyen realiti ABC, Shark Tank. Mark Cuban menjelaskan ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anda mahu berjaya dalam dunia perniagaan.

1. Jangan Mula Tanpa Minat

Jangan memulakan syarikat kecuali ia adalah mengenai sesuatu yang anda suka atau obses. Apabila anda memulakan perniagaan tanpa minat, ini akan mempengaruhi motivasi anda untuk meneruskan perniagaan.

Biarlah anda memulakan perniagaan dengan minat dan apa yang anda suka.

2. Ambil Pekerja

Apabila anda ingin menguruskan perniagaan anda, sekurangnya anda perlu menggaji seorang atau dua orang untuk membantu pengurusan perniagaan anda.

Mereka akan menjadi orang kedua selepas anda dalam memastikan perniagaan anda berjalan dengan sempurna.

3. Ada Sistem

Setelah anda mempunyai perniagaan anda sendiri, anda perlu ketahui bagaimana syarikat anda akan menghasilkan wang dan bagaimana hendak memastikan kelangsungan syarikat anda. Anda perlu mempunyai ‘book record’ untuk mencatat duit yang masuk dan keluar.

Bila dah ada sistem, barulah senang nak pantau dan apa yang perlu diperbaiki.

4. Guna Bakat Yang Ada

Tahu apa bakat anda dan fokus kepada menggunakannya untuk menjadi seorang ketua yang hebat. Anda boleh menghadiri seminar atau kursus untuk membantu mengembangkan bakat atau mengasah kemahiran anda.

Dalam masa yang sama, boleh perbaiki kelemahan yang ada. Jangan takut untuk berdepan dengan kelemahan tersebut.

5. Berkawan Dengan Teknologi

Anda perlu mahir mengendalikan teknologi atau peka dengan arus perkembangan teknologi atau sosial media untuk membantu jualan syarikat anda. Sekarang zaman teknologi maklumat, semuanya kena pantas dan cekap.

Kalau tak berapa pandai, boleh upah orang lain untuk membantu anda.

6. Pastikan Pekerja Seronok

Ini boleh dijadikan sebagai salah satu motivasi. Apabila pekerja berasa seronok bekerja di bawah anda, mereka akan berusaha sebaik yang mungkin untuk meningkatkan prestasi kerja mereka.

Pekerja yang cemerlang akan menghasilkan keputusan yang cemerlang. Pelanggan pun akan gembira dan terus-menerus menyokong produk dan perkhidmatan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan