Isnin, November 15

Sekatan Perjalanan


 Perakuan Sekatan Perjalanan akan dikuatkuasakan kepada individu/pengarah syarikat yang mempunyai tunggakan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah dan cukai syarikat.

Pembatalan atau pelepasan sementara sekatan perjalanan hanya akan diberikan sekiranya langkah berikut diambil:

a) Pembatalan Sekatan Perjalanan

Pembayaran cukai menjelaskan amaun sepenuhnya tunggakan mengikut perakuan.

b) Pelepasan Sementara

  • Bayaran minimum 50% daripada amaun dalam perakuan telah dibuat;
  • Pembayar cukai atau wakil perlu menghubungi cawangan LHDN yang mengendalikan fail pembayar cukai sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh perjalanan;
  • Kemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat destinasi, tujuan dan tempoh di luar negara.

LHDN akan mengeluarkan surat pelepasan sementara dengan menyatakan tempoh pelepasan sementara yang diberikan.

Pembayar cukai disaran untuk menyemak status sekatan perjalanan sebelum ke luar negara melalui pautan:

SEMAK SEKATAN PERJALANAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan