Pada masa ini, Nombor Bil diperlukan sebagai nombor rujukan apabila sebarang pembayaran cukai dibuat. Walau bagaimanapun, ini bukan kerja mudah untuk mereka yang bukan Pengguna MyTax dan bagi pembayaran yang tidak dapat menjana Nombor Bil sekarang (seperti pembayaran CP204)!
Oleh itu, kami menggalakkan pembayar cukai untuk terus menggunakan sistem e-TT untuk menjana nombor VA dan melengkapkan pembayaran menggunakan kaedah pembayaran pihak ketiga (seperti bank). Nombor VA boleh dijana tanpa log masuk ke laman web MyTax, ia lebih memudahkan pembayar cukai.
Baca: Apa itu Sistem e-TT?
Ikuti langkah di bawah untuk kaedah menjana nombor VA melalui sistem e-TT.
Langkah-langkah Menjana nombor VA melalui sistem e-TT
1. Lawati Laman Web MyTax
Lawati https://mytax.hasil.gov.my dan pilih e-TT
2. Klik “Seterusnya”
3. Isikan Butiran Syarikat
4. Isikan alamat e-mel (untuk mendapatkan OTP)
5. Pilih Jenis Pembayaran (Cukai Pendapatan)
6. Isikan Butiran Pembayaran
7. Semak Maklumat
8. Cetak Nombor VA anda
*Setiap nombor VA hanya untuk SEKALI penggunaan pembayaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan