Memaparkan catatan dengan label Jurisdiction. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jurisdiction. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 31

Bidang Kuasa Amanah Raya dalam Pusaka


 Hanya ada 3 tempat sahaja yang boleh MENGELUARKAN Surat Kuasa Mentadbir (SKM) iaitu :

(1) Amanah Raya Berhad

(2) Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil

(3) Mahkamah Tinggi Sivil

Untuk makluman setiap tempat yang mengeluarkan surat kuasa ini ada bidang kuasanya tersendiri.

ARB tidak boleh MENGURUSKAN HARTA PUSAKA yang ada harta lebih daripada RM600K atau harta pusaka ada harta tidak alih?

Untuk makluman AmanahRaya mempunyai bidang kuasa khusus untuk MENTADBIR dan MENGELUARKAN Surat Kuasa bagi membolehkan proses yang lancar dapat dilaksanakan.

Sebelum itu kita perlu tahu bahawa Amanah Raya Berhad adalah satu- satunya sebuah institusi syarikat peramanahan awam dibawah kerajaan yang dilindungi dan mempunyai akta tersendiri iaitu Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (AKTA 532) yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia.

Jom kita fahami dimana yang mengatakan ARB boleh mengeluarkan dan menguruskan harta pusaka si mati.

PERTAMA:-

ARB BOLEH MENGELUARKAN SURAT KUASA MENTADBIR:

Di dalam Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 tersebut , dengan jelas di dalam seksyen 17(1) dan seksyen 17(2) menjelaskan berkenaan ARB boleh mengeluarkan surat kuasa tersebut.

SEKSYEN 17(1) AKTA PERBADANAN AMANAH RAYA 1995

  1. Amanah Raya boleh mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Akuan dengan perincian aset bagi harta alih* bernilai tidak lebih RM600,000.
  2. Akuan ini tertakluk kepada Faraid bagi orang Islam dan Akta Pembahagian 1958 bagi orang bukan Islam atau tertakluk kepada persetujuan semua waris seperti yang ditetapkan.

SEKSYEN 17(2) AKTA PERBADANAN AMANAH RAYA 1995

  1. Bagi harta alih* RM50,000 ke bawah, Amanah Raya boleh mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Arahan untuk mengarahkan sesuatu agensi untuk membuat pembayaran terus kepada waris yang berhak.
  2. Waris perlu mengemukakan arahan tersebut kepada pihak bank untuk menerima bayaran.

KEDUA:-

ARB BOLEH MENGURUSKAN HARTA PUSAKA SI MATI

  • PEJABAT PUSAKA KECIL

SEKSYEN 8 AKTA PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1955

  1. Pusaka Kecil merujuk kepada harta simati yang terdiri daripada harta tak alih sepenuhnya atau sebahagiannya (harta tak alih dan harta alih) dan tidak melebihi RM2 juta.
  2. Amanah Raya boleh MENGURUSKAN harta pusaka dengan memfailkan pemohonan kepada Unit Pembahagian Pusaka Kecil untuk dilantik sebagai Pempetisyen atau memohon perintah pembahagian untuk harta alih dan harta tak alih.

Secara jelas di dalam akta tersebut menunjukkan ARB boleh URUSKAN harta pusaka si mati.

  • MAHKAMAH TINGGI SIVIL

SEKSYEN 13 AKTA PERBADANAN AMANAH RAYA 1995

Amanah Raya boleh memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Sivil bagi:

  1. Mentadbir Pusaka yang mengandungi harta alih* dan harta tak alih* atau harta alih sahaja bernilai lebih RM600,000.
  2. Mendapatkan Geran Probet bagi Pusaka Berwasiat.
  3. Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir bagi si mati yang meninggal dunia tanpa Wasiat.
  4. Menggantikan pentadbir terdahulu yang telah meninggal dunia sebelum Pentadbiran Pusaka dilaksanakan.
  5. Menggantikan Pentadbir terdahulu yang gagal menyelesaikan Pentadbiran Pusaka.
  6. Menggantikan Pentadbir yang menolak pelantikan yang dipilih oleh si mati.

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA DI SARAWAK

Pentadbiran Harta Pusaka di Sarawak mengikut “Administration Of Estates Ordinance, Chapter 80” yang mana Amanah Raya, Kuching berfungsi sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan Surat Kuasa dan Geran Probet bagi bukan bumiputera di Kuching sahaja. Manakala bagi daerah-daerah lain selain daripada Kuching, Surat Kuasa Mentadbir dan Geran Probet dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dalam jajahan masing-masing.

MAKSUD:-

harta alih: wang tunai,akaun simpanan bank, saham, unit amanah

harta tak alih: tanah, bangunan, rumah

Jadi secara kesimpulannya, Amanah Raya Berhad boleh MENGELUARKAN Surat Kuasa Mentadbir dan juga boleh MENGURUSKAN HARTA PUSAKA simati di Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil. Senang kata one stop centre.

Ahad, Jun 28

Harta Pusaka, Bidang Kuasa Dan Caj

Dimana tempat keluar Surat Kuasa Mentadbir (SKM)? Apakah Bidang kuasa tempat keluar SKM tersebut?

(a) Amanah Raya Berhad (ARB)
(Harta alih sahaja tidak lebih RM600,000)

(b) Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil (JKPTG)
(Wajib ada sekurang kurangnya harta tak alih seperti rumah/tanah dan nilaian keseluruhan harta pusaka tidak lebih RM2 juta)

(c) Mahkamah Tinggi Sivil
(si mati menyediakan wasiat atau tidak menyediakan wasiat)

untuk makluman ARB boleh menguruskan pusaka anda samada tidak bersama wasiat atau bersama berwasiat, yang mana ARB boleh menjadi pemohon di Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil bagi harta pusaka anda yang mempunyai harta tak alih bawah RM2 juta dan menjadi Pentadbir bagi harta pusaka anda di Mahkamah Tinggi Sivil seperti yang tertakluk dalam seksyen 13 dalam Akta Amanah Perbadanan AmanahRaya 1995)

Berapakah fi Pentadbiran Pusaka di Amanah Raya Berhad?

Terdapat dua struktur fi pentadbiran pusaka di Amanah Raya Berhad:
Struktur Fi Pentadbiran Pusaka bagi Surat Kuasa Mentadbir (SKM) yang dikeluarkan oleh:
(a) Amanah Raya Berhad (ARB)

(b) SKM yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil ( diuruskan oleh ARB sebagai Pentadbir)

(c) SKM/PERINTAH JKPTG yang dikeluarkan oleh Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil (diuruskan oleh ARB sebagai pempetisyen/pemohon)

Bagi (a) dan (b) di atas, fi pentadbiran pusakanya adalah seperti berikut:-

5% RM25,000 yang pertama
4% baki yang berikutnya sehingga RM225,000
3% baki yang berikutnya sehingga RM225,000
2% baki yang berikutnya sehingga RM500,000
1% bagi baki selebihnya

Contoh pengiraan fi bagi Pentadbiran Pusaka bernilai RM2,100,000

(RM 25,000 x 5%)= RM. 1,250
(RM 225,000 x 4%)= RM 9,000
(RM 250,000 x 3%)= RM 7,500
(RM 500,000 x 2%)= RM 10,000
(RM 1,100,000 x 1%)= RM 11,000

Jumlah fi pentadbiran = RM38,750

38,750
…............. X 100% = 1.85% (Peratus digenapkan)
2,100,000

Jumlah fi pentadbiran pusaka yang perlu dibayar kepada ARB adalah RM 38,750 bersamaan 1.85% daripada harta RM2,100,000.

Saya pernah dengar mitos dan persepsi yang jahat yang mengatakan caj fi Pentadbiran Pusaka di ARB sebanyak 15% yang saya pikirkan mungkin dia tambah semua peratus tu tanpa mengikut stage peratus dan nilaian pusaka.

Ada juga mengatakan mahal dengan fi yang dikenakan. Cuma mungkin yang di dengar itu seperti mengeluarkan sekeping kertas sebab apabila pergi ke tempat  harta si mati, pihak tersebut akan meminta waris mendapatkan surat kuasa di ARB.

Ya la suratkan. Kalau saya pada mulanya pun ingat sekadar sekeping surat yang boleh dikeluarkan dalam 1 jam sahaja, rupanya untuk mendapatkan surat tersebut banyak perkara ARB perlu dibuat .
Menguruskan harta orang perlulah berhati hati dan perlu mengikut undang undang yang telah ditetapkan.

Baik la, Bagi (c) Fi Pentadbiran Pusaka adalah seperti berikut:
2.0% daripada nilaian pusaka si mati

Syaratnya:
Si mati ada sekurang-kurangnya satu harta tak alih (Rumah/Tanah)
Nilaian harganya tidak lebih RM 2,000,000

Contoh:

Nilaian pusaka si mati adalah RM1,000,000
1,000,000 × 2.0% = RM 20,000

Maka fi pentadbiran pusaka yang perlu dibayar kepada ARB adalah RM20,000

Mengapa Amanah Raya perlu mengenakan caj fi sedangkan itu adalah duit waris?

Fi yang dikenakan oleh Amanah Raya adalah untuk kerja–kerja yang dijalankan oleh Amanah Raya sebagai pentadbir kepada pusaka si mati yang melibatkan tugas-tugas:

1.    pendaftaran aset
2.    pendaftaran waris-waris
3.    penyiasatan aset di tempat aset berada
4.    penyiasatan waris
5.    pengesahan aset di tempat aset berada
6.    pengesahan liabiliti/hutang tempat hutang tersebut berada
7.    perbicaraan di Mahkamah Tinggi/Pejabat Pusaka Kecil (JKPTG)
8.    pencarian aset-aset (tempat aset tersebut berada)
9.    penyelesaian/pembayaran hutang dan liabiliti
10.  Permohonan Perintah Pembahagian di Mahkamah Tinggi Sivil
11.  pembahagian pusaka kepada waris-waris (mengikut persetujuan waris/ faraid/Perintah/wasiat/ akta pembahagian)
12.  ARB akan menguruskan semua pusaka si mati sehingga siap dipindahmilik/diturunmilik kepada waris waris (contoh: tanah/saham/dll)

Jika geran atas nama si mati pada mulanya (ARB akan pergi pindahmilik/turunmilik geran tersebut keatas nama waris mengikut perintah biarpun tanah tersebut di serata Malaysia)

Untuk makluman Fi Pentadbiran yang dikenakan adalah dibenarkan oleh undang-undang di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

Bolehkah caj fi tersebut ditolak daripada harta pusaka si mati?
Boleh sekiranya pusaka mempunyai aset berbentuk tunai.

Sekiranya waris tidak membayar fi dan kos yang dikenakan, apakah yang akan berlaku?

Sekiranya tiada pusaka berbentuk tunai dan waris enggan membayar fi atau kos tersebut, fail pentadbiran pusaka akan ditutup dan tiada sebarang pentadbiran ke atas pusaka tersebut akan dilakukan sehinggalah fi pentadbiran dan kos-kos berkaitan diselesaikan.

Adakah ARB ada akta tersendiri?

Ya, ARB mempunyai akta sendiri iaitu Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 yang diluluskan oleh parlimen yang tiada pada syarikat amanah lain.

Selain itu, ARB juga dikawal dibawah syarikat amanah seperti yang lain.

ARB juga satu satunya syarikat amanah awam di Malaysia.