Dimana tempat keluar Surat Kuasa Mentadbir (SKM)? Apakah Bidang kuasa tempat keluar SKM tersebut?
(a) Amanah Raya Berhad (ARB)
(Harta alih sahaja tidak lebih RM600,000)
(b) Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil (JKPTG)
(Wajib ada sekurang kurangnya harta tak alih seperti rumah/tanah dan nilaian keseluruhan harta pusaka tidak lebih RM2 juta)
(c) Mahkamah Tinggi Sivil
(si mati menyediakan wasiat atau tidak menyediakan wasiat)
untuk makluman ARB boleh menguruskan pusaka anda samada tidak bersama wasiat atau bersama berwasiat, yang mana ARB boleh menjadi pemohon di Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil bagi harta pusaka anda yang mempunyai harta tak alih bawah RM2 juta dan menjadi Pentadbir bagi harta pusaka anda di Mahkamah Tinggi Sivil seperti yang tertakluk dalam seksyen 13 dalam Akta Amanah Perbadanan AmanahRaya 1995)
Berapakah fi Pentadbiran Pusaka di Amanah Raya Berhad?
Terdapat dua struktur fi pentadbiran pusaka di Amanah Raya Berhad:
Struktur Fi Pentadbiran Pusaka bagi Surat Kuasa Mentadbir (SKM) yang dikeluarkan oleh:
(a) Amanah Raya Berhad (ARB)
(b) SKM yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil ( diuruskan oleh ARB sebagai Pentadbir)
(c) SKM/PERINTAH JKPTG yang dikeluarkan oleh Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil (diuruskan oleh ARB sebagai pempetisyen/pemohon)
Bagi (a) dan (b) di atas, fi pentadbiran pusakanya adalah seperti berikut:-
5% RM25,000 yang pertama
4% baki yang berikutnya sehingga RM225,000
3% baki yang berikutnya sehingga RM225,000
2% baki yang berikutnya sehingga RM500,000
1% bagi baki selebihnya
Contoh pengiraan fi bagi Pentadbiran Pusaka bernilai RM2,100,000
(RM 25,000 x 5%)= RM. 1,250
(RM 225,000 x 4%)= RM 9,000
(RM 250,000 x 3%)= RM 7,500
(RM 500,000 x 2%)= RM 10,000
(RM 1,100,000 x 1%)= RM 11,000
Jumlah fi pentadbiran = RM38,750
38,750
…............. X 100% = 1.85% (Peratus digenapkan)
2,100,000
Jumlah fi pentadbiran pusaka yang perlu dibayar kepada ARB adalah RM 38,750 bersamaan 1.85% daripada harta RM2,100,000.
Saya pernah dengar mitos dan persepsi yang jahat yang mengatakan caj fi Pentadbiran Pusaka di ARB sebanyak 15% yang saya pikirkan mungkin dia tambah semua peratus tu tanpa mengikut stage peratus dan nilaian pusaka.
Ada juga mengatakan mahal dengan fi yang dikenakan. Cuma mungkin yang di dengar itu seperti mengeluarkan sekeping kertas sebab apabila pergi ke tempat harta si mati, pihak tersebut akan meminta waris mendapatkan surat kuasa di ARB.
Ya la suratkan. Kalau saya pada mulanya pun ingat sekadar sekeping surat yang boleh dikeluarkan dalam 1 jam sahaja, rupanya untuk mendapatkan surat tersebut banyak perkara ARB perlu dibuat .
Menguruskan harta orang perlulah berhati hati dan perlu mengikut undang undang yang telah ditetapkan.
Baik la, Bagi (c) Fi Pentadbiran Pusaka adalah seperti berikut:
2.0% daripada nilaian pusaka si mati
Syaratnya:
Si mati ada sekurang-kurangnya satu harta tak alih (Rumah/Tanah)
Nilaian harganya tidak lebih RM 2,000,000
Contoh:
Nilaian pusaka si mati adalah RM1,000,000
1,000,000 × 2.0% = RM 20,000
Maka fi pentadbiran pusaka yang perlu dibayar kepada ARB adalah RM20,000
Mengapa Amanah Raya perlu mengenakan caj fi sedangkan itu adalah duit waris?
Fi yang dikenakan oleh Amanah Raya adalah untuk kerja–kerja yang dijalankan oleh Amanah Raya sebagai pentadbir kepada pusaka si mati yang melibatkan tugas-tugas:
1. pendaftaran aset
2. pendaftaran waris-waris
3. penyiasatan aset di tempat aset berada
4. penyiasatan waris
5. pengesahan aset di tempat aset berada
6. pengesahan liabiliti/hutang tempat hutang tersebut berada
7. perbicaraan di Mahkamah Tinggi/Pejabat Pusaka Kecil (JKPTG)
8. pencarian aset-aset (tempat aset tersebut berada)
9. penyelesaian/pembayaran hutang dan liabiliti
10. Permohonan Perintah Pembahagian di Mahkamah Tinggi Sivil
11. pembahagian pusaka kepada waris-waris (mengikut persetujuan waris/ faraid/Perintah/wasiat/ akta pembahagian)
12. ARB akan menguruskan semua pusaka si mati sehingga siap dipindahmilik/diturunmilik kepada waris waris (contoh: tanah/saham/dll)
Jika geran atas nama si mati pada mulanya (ARB akan pergi pindahmilik/turunmilik geran tersebut keatas nama waris mengikut perintah biarpun tanah tersebut di serata Malaysia)
Untuk makluman Fi Pentadbiran yang dikenakan adalah dibenarkan oleh undang-undang di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959.
Bolehkah caj fi tersebut ditolak daripada harta pusaka si mati?
Boleh sekiranya pusaka mempunyai aset berbentuk tunai.
Sekiranya waris tidak membayar fi dan kos yang dikenakan, apakah yang akan berlaku?
Sekiranya tiada pusaka berbentuk tunai dan waris enggan membayar fi atau kos tersebut, fail pentadbiran pusaka akan ditutup dan tiada sebarang pentadbiran ke atas pusaka tersebut akan dilakukan sehinggalah fi pentadbiran dan kos-kos berkaitan diselesaikan.
Adakah ARB ada akta tersendiri?
Ya, ARB mempunyai akta sendiri iaitu Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 yang diluluskan oleh parlimen yang tiada pada syarikat amanah lain.
Selain itu, ARB juga dikawal dibawah syarikat amanah seperti yang lain.
ARB juga satu satunya syarikat amanah awam di Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan