Memaparkan catatan dengan label nombor cukai pendapatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nombor cukai pendapatan. Papar semua catatan

Jumaat, April 3

Bagaimana mengisi e-filling untuk perniagaan?

Perkara pertama yang perlu anda buat adalah pergi ke pejabat LHDN berdekatan. Anda perlu dapatkan di sana:
  1.  Daftarkan akaun cukai pendapatan (jika belum daftar)
  2.  Dapatkan 16 digit nombor pin untuk e-filing
Sediakan akaun perniagaan anda.

Kemudian anda boleh mengisi e-filing di https://ez.hasil.gov.my/CI/. Klik pada Login Kali Pertama di bahagian bawah sebelah kanan. Ikuti langkah-langkah yang tertera pada skrin. Selamat mencuba.

Anda boleh menghubungi penulis di talian 013-2077844 untuk maklumat lanjut.

Selasa, November 27

Adakah Gaji Bawah RM3,100 Tidak Perlu Bayar Cukai Pendapatan?

Adakah gaji bawah RM3,100 tidak perlu bayar cukai pendapatan? Adakah saya perlu mendaftarkan nombor cukai pendapatan?

Ya, anda perlu mendaftarkan nombor cukai pendapatan sekiranya anda adalah seorang:

  1. Individu yang berstatus bujang yang menerima pendapatan gaji RM2,833 sebulan selepas potongan KWSP.
  2. Individu yang berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan gaji melebihi RM3,833 sebulan.
  3. Individu yang menjalankan perniagaan walaupun perniagaan mengalami kerugian.
  4. Pekerja yang dikenakan potongan cukai berjadual (PCB).
  5. Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai.
  6. Individu yang menjual atau membeli harta tanah.