Memaparkan catatan dengan label wanita bekerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wanita bekerja. Papar semua catatan

Selasa, November 27

Adakah Gaji Bawah RM3,100 Tidak Perlu Bayar Cukai Pendapatan?

Adakah gaji bawah RM3,100 tidak perlu bayar cukai pendapatan? Adakah saya perlu mendaftarkan nombor cukai pendapatan?

Ya, anda perlu mendaftarkan nombor cukai pendapatan sekiranya anda adalah seorang:

  1. Individu yang berstatus bujang yang menerima pendapatan gaji RM2,833 sebulan selepas potongan KWSP.
  2. Individu yang berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan gaji melebihi RM3,833 sebulan.
  3. Individu yang menjalankan perniagaan walaupun perniagaan mengalami kerugian.
  4. Pekerja yang dikenakan potongan cukai berjadual (PCB).
  5. Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai.
  6. Individu yang menjual atau membeli harta tanah.

Ahad, Oktober 14

Rumah baharu tidak terjual terus meningkat

Sebanyak 29,277 unit rumah (residential property overhang) tidak terjual dalam tempoh enam bulan pertama 2018. Nilai keseluruhan mencatatkan RM17.24 bilion. ‘Property overhang’ bermaksud ‘completed units that remain unsold after nine months or more’.
Data yang diterbitkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta semalam menunjukkan angka tersebut adalah paling tinggi jika dibandingkan dari tahun 2015 hingga 2017.
Pada tahun 2015, jumlah rumah yang tidak terjual ialah 10,163 unit. Jumlah tersebut terus meningkat kepada 14,792 unit pada tahun 2016 dan 24,738 unit pada tahun 2017. Tiga negeri mencatatkan jumlah tertinggi iaitu Johor (5,988 unit), Selangor (4,694 unit) dan Pulau Pinang (3,958 unit). Sekiranya dikategorikan mengikut harga, sebanyak 17,883 (61%) unit rumah yang tidak terjual dalam lingkungan harga dari RM50,000 hingga RM500,000.
Sepanjang enam bulan pertama 2018, sebanyak 149,899 (RM67.74 bilion) transaksi telah direkodkan, menurun 2.4% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017. Jumlah pinjaman/pembiayaan yang dipohon bagi pembelian rumah turun 3.1%, dan jumlah pinjaman/pembiayaan yang diluluskan juga turun 0.2%.
Menurut Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Badrul Hisham Awang, prestasi pasaran akan kembali pulih untuk enam bulan kedua 2018 kerana disokong oleh sentimen pengguna dan persekitaran yang lebih baik.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memuktamadkan untuk menyatukan lima agensi berkaitan perumahan di bawah satu entiti yang dikenali sebagai Majlis Perumahan Mampu Milik Negara. Ia bertujuan untuk menyelaras dan mengkoordinasi projek-projek perumahan rakyat dengan lebih sistematik.
Lima agensi tersebut adalah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Uda Holdings Bhd, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Rabu, Ogos 15

Cara Simpan Sayur dan Bahan Mentah dalam Peti Sejuk

Berikut adalah langkah demi langkah cara menyimpan sayur dan bahan mentah agar ia kekal segar dan boleh tahan lebih lama.  
CARA MENYIMPAN SAYUR
1. Rendam Sayur
Pertama sekali, rendamkan sayuran selama 5-10 minit. Biarkan semua sayuran tenggelam.
Untuk sayuran seperti kangkung dan bayam biasanya akan diasingkan kerana berpasir. Biarkan akarnya, jangan dipotong. Apabila nak masak nanti barulah potong dan bersihkan sekali lagi.
2. Tambah Garam
Taburkan sedikit garam sambil mencuci seperti biasa. Fungsi garam ini adalah untuk mencuci bekas-bekas bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayuran.
Rendamkan sebentar dalam air garam selama 10 minit.
3. Toskan
Kemudian, toskan sayur dan biarkan selama lebih kurang 5 minit.
4. Simpan Dalam Bekas
Sediakan bekas kedap udara dan susunkan sayuran hijau ini ke dalamnya.
Kalau nak jimatkan ruang, boleh juga menggunakan plastik kedap udara atau ‘ziplock bag’.

CARA MENYIMPAN SOTONG, UDANG DAN IKAN

1. Cara Menyimpan Sotong
Mula-mula, cuci sotong dengan air sehingga bersih. Boleh juga dipotong siap-siap.
Kemudian, letak gula sedikit, dalam 1 sudu, bergantung kepada jumlah sotong.
Fungsi gula ini pula untuk memastikan sotong kekal segar. Mudah-mudahan apabila nak dimasak nanti, isinya akan tetap lembut.
Gaulkan sebati dan bolehlah disimpan ke dalam petia ais bahagian ‘freezer’. 
Sebelum memasak, cucikan semula sotong. Ia tidak akan menjejaskan rasa masakan.
2. Cara Menyimpan Udang
Untuk menyimpan udang, caranya lebih kurang sama juga dengan sotong. Mula-mula, cuci bersih dan kemudian taburkan sedikit gula sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Kalau nak siang dahulu kulit dan kepala pun boleh, tapi jangan terus dibuang kulit dan kepala udang tadi. Ia boleh digunakan lagi untuk membuat stok udang.
Sekiranya ada yang tak suka bubuh gula, boleh juga rendamkan udang dalam air dan disimpan dalam ‘freezer’.
Baiklah, ini kulit dan kepala udang yang telah disiang tadi.
Kita boleh membuat air rebusan udang atau stok udang. Memang sedap kalau dibuat mee rebus udang, char kuew teow, dan sebagainya.
Cuci kulit udang ini dengan air bersih. Kemudian, direbus kosong saja dalam periuk atau kuali.
Tunggu sampai mendidih atau nampak macam dah masak. Bolehlah tutup api.
Kemudian, tapiskan kulitnya. Ada juga yang menggunakan kulit udang ini untuk di‘blend’atau dikisar dengan sedikit air. Kemudian ditapis lagi untuk mendapatkan patinya. terpulanglah kepada anda suka yang macam mana ya.
Sejukkan sebentar dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk seperti biasa. Memang menyedapkan masakan!
3. Cara Menyimpan Ikan
Ikan semua boleh disiang, buang perut, dan dipotong terlebih dahulu. Tapi, jangan dibasuh supaya kekal segar.
Masukkan ikan beserta darah-darah ikan ke dalam bekas. Jangan risau, ia tidak akan menjejaskan rasa ikan dan baunya tidak akan melekat pada bekas apabila disimpan dalam ‘freezer’.
TIP-TIP LAIN PENYIMPANAN BAHAN MENTAH

  • Ayam – Cuci bersih dan terus simpan ke dalam ‘freezer’. 
  • Daging – Pertama, kalau nak potong, ya anda boleh lakukan. Tapi, tak perlu cuci dan terus simpan dalam ‘freezer’. Kemudian, bila nak guna, basuh bersih.

Isnin, Ogos 13

Insentif cukai untuk wanita yang kembali bekerja selepas berehat

Wanita yang kembali bekerja selepas cuti bekerja dua tahun atau lebih akan dapat memohon pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan pekerjaan mereka selama maksimum 12 bulan berturut-turut.
Di bawah undang-undang semasa, tidak ada insentif cukai untuk wanita yang kembali bekerja selepas berehat.
Pengecualian hanya dikenakan kepada wanita yang kembali ke tenaga kerja selepas istirahat kerjaya sekurang-kurangnya dua tahun pada 27 Oktober 2017.
Permohonan untuk pengecualian perlu dikemukakan kepada Talent Corporation Malaysia Berhad (“TalentCorp”) dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2019, dan pengecualian tersebut akan berkuatkuasa untuk tahun taksiran 2018 hingga 2020.