Berikut adalah sebahagian dari alasan dan sebab kenapa
pinjaman kenderaan anda ditolak:
Umur
Kebanyakan bank, menetapkan umur pemohon sekitar 23 tahun ke
atas berdasarkan tarikh lahir. Hanya beberapa bank sahaja yang masih
membenarkan umur 22 tahun ke atas. Dan saya dapat tahu, hanya Bank Islam sahaja
boleh memohon jika umur pemohon tersebut 19 tahun ke atas dengan syarat ianya
dilakukan menerusi skim graduan.
Umur terlalu berusia 55 tahun ke atas juga menjadi penyebab
pinjaman ditolak.
Rekod Hutang Lampau
Untuk kes sebegini, selalunya pemohon tidak mempunyai
sejarah hutang seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan,
pinjaman kenderaan dan pinjaman-pinjaman lain yang melibatkan bank. Selalunya
mereka yang berumur 28 tahun ke atas dan masih tidak mempunyai rekod lampau
berkaitan hutang atau kredit akan ditolak.
Untuk mereka yang di bawah 28 tahun masih boleh
dipertimbangkan oleh bank dengan merujuk beberapa faktor.
Gaji Minima
Ini adalah alasan yang paling kerap terjadi kepada
pelanggan. Ramai pemohon gagal pada bahagian ini. Apabila jumlah gaji minima
tidak begitu ‘ada’ untuk dilihat sebagai satu kemampuan membayar balik
pinjaman, maka pasti bank tidak akan ambil risiko untuk luluskan pinjaman
kenderaan anda.
Ada had minima ditetapkan bagi setiap bank. Dan setiap bank
pula menetapkan had minima yang berlainan untuk gaji minima ini.
Contohnya:
Maybank – RM 2,500 ke atas
AmBank – RM 3,000 ke atas
Public Bank – RM 2,500 ke atas
BSN – RM 2,000 ke atas
Anda boleh rujuk pada laman web setiap bank untuk lihat had
gaji minima ini untuk kelulusan pinjaman kenderaan kerana ia sering berubah
dari semasa ke semasa.
Status Jawatan
Tahukah anda, jika status jawatan anda adalah secara kontrak
atau sambilan, maka ia merupakan status jawatan yang paling kiritikal bagi
pihak bank. Malah, ia menjadi satu keputusan yang sukar untuk sesebuah bank
memberikan pinjaman kenderaan.
Selalunya, bank hanya memandang kepada pemohon yang bersatus
jawatan tetap sahaja. Akan tetapi, status kontrak kerajaan boleh dipertimbangkan
mengikut faktor tertentu.
Faktor Halangan
Zaman sekarang memang banyak faktor-faktor halangan yang
menyebabkan pinjaman bank untuk pembelian kenderaan ditolak. Tak seperti 10
tahun dahulu.
Mereka yang mempunyai faktor halangan seperti senaraihitam,
CCRIS, SAA (Special Attention Account), AKPK dan penstrukturan semula pinjaman
adalah mereka yang dihalang untuk membuat sebarang pinjaman di bank.
Faktor halangan ini bermakna nama anda dah rosak – hatta
bukan disebabkan oleh diri anda; contohnya kerana menjadi penjamin kepada
pinjaman orang lain.
Usia Perniagaan
Jika anda memohon pinjaman kenderaan menggunakan nama
perniagaan, faktor usia bisnes anda adalah antara faktor penting. Bagi mereka
yang berniaga, perniagaan mestilah lebih dari dua tahun, dibuktikan dengan
tarikh pendaftarn perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan