Apabila bercakap soal pengurusan pusaka, kita sering mendengar banyak berlaku perbalahan dalam keluarga yang berebutkan pusaka si mati. Kadangkala, cerita-cerita perbalahan yang kita dengar itu, tak terjangkau dek fikiran dan nurani manusiawi kita.
Banyak juga kes-kes pentadbiran pusaka yang dapat diselesaikan secara baik. Terutamanya apabila si mati telah membuat perancangan yang rapi terhadap pengagihan pusakanya.
Sebagai contoh rumah akan ditinggalkan kepada isteri dan anak-anak, sebahagian kecil daripada wang KWSP nak diberikan kepada ibubapa dan juga sedekah dan waqaf untuk masjid.
Dalam pada masa yang sama, terdapat 3 cara untuk waris menguruskan pusaka si mati agar tidak berlaku perbalahan sesama mereka.
Ini adalah antara pilihan yang mulia. Atas dasar sifat kasih sayang dan prihatin seorang ibu mertua yang tidak mahu melihat menantu dan cucunya hidup susah selepas kehilangan ketua keluarga.
Sebagai contoh, seorang bapa melepaskan rumah anaknya (diberikan kepada menantu dan cucu). Dalam masa yang sama, sebagai tanda terima kasih menantu kepada bapa mertuanya, dia memberikan sedikit wang saguhati yang dipersetujui.
Cara ini biasa digunakan apabila melibatkan harta tak alih. Ia boleh dilakukan dengan syarat waris yang sanggup membayar itu mampu.
Sebagai contoh, rumah pusaka diserahkan kepada isteri dan anak-anak. Bapa yang juga pewaris faraid akan diberikan sejumlah wang tunai yang sama nilai dengan faraid.
Bahagian faraid bagi bapa adalah 1/6. Andaikan nilai rumah tersebut RM250,000, maka jumlah wang tunai yang perlu dibayar kepada bapa adalah RM41,000. Jumlah yang besar jika si mati tidak meninggalkan wang tunai.
Kesimpulannya, pentadbiran pusaka sebenarnya boleh dijalankan tanpa berlakunya perbalahan keluarga jika semua waris faham dan tahu cara menguruskannya. Ini kerana perbalahan selalu terjadi kerana masing-masing merasakan waris lain ingin mengambil hak mereka.

- Melepaskan Hak Tanpa Mengharap Apa-Apa Ganjaran
Ini adalah antara pilihan yang mulia. Atas dasar sifat kasih sayang dan prihatin seorang ibu mertua yang tidak mahu melihat menantu dan cucunya hidup susah selepas kehilangan ketua keluarga.
- Melepaskan faraid, diganti saguhati
Sebagai contoh, seorang bapa melepaskan rumah anaknya (diberikan kepada menantu dan cucu). Dalam masa yang sama, sebagai tanda terima kasih menantu kepada bapa mertuanya, dia memberikan sedikit wang saguhati yang dipersetujui.
- Melepaskan Hak Faraid Dengan Ganjaran Wang Yang Sama Nilai
Cara ini biasa digunakan apabila melibatkan harta tak alih. Ia boleh dilakukan dengan syarat waris yang sanggup membayar itu mampu.
Sebagai contoh, rumah pusaka diserahkan kepada isteri dan anak-anak. Bapa yang juga pewaris faraid akan diberikan sejumlah wang tunai yang sama nilai dengan faraid.
Bahagian faraid bagi bapa adalah 1/6. Andaikan nilai rumah tersebut RM250,000, maka jumlah wang tunai yang perlu dibayar kepada bapa adalah RM41,000. Jumlah yang besar jika si mati tidak meninggalkan wang tunai.
Kesimpulannya, pentadbiran pusaka sebenarnya boleh dijalankan tanpa berlakunya perbalahan keluarga jika semua waris faham dan tahu cara menguruskannya. Ini kerana perbalahan selalu terjadi kerana masing-masing merasakan waris lain ingin mengambil hak mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan