Melalui sedikit sebanyak pengalaman saya yang lepas dalam merunding pembiayaan, ramai prospek pembeli terutamanya yang bekerja sendiri, sukar untuk lulus pembiayaan bank. Walaupun mereka mempunyai sumber pendapatan yang kukuh dan wang yang banyak.
Ada banyak sebab mengapa bank tidak meluluskan pembiayaan kita dan ada banyak sebab juga mengapa bank senang nak luluskan pinjaman rumah kita.
Berikut merupakan beberapa tip mudah terutamanya bagi yang bekerja sendiri/berniaga yang berhasrat untuk memiliki rumah suatu hari nanti.
Jom kita tengok 6 tip untuk lulus pembiayaan bank dengan mudah.
Berapa jumlah yang cukup? Sekurang-kurangnya jumlah 6 bulan bayaran ansuran pinjaman yang anda mohon.
Kalau ansuran bulanan adalah RM1,000, maka kita perlu ada RM6,000 dalam simpanan. Lagi bagus kalau kita ada 12 kali lebih banyak daripada ansuran bulanan.
Kalau tak cukup simpanan, bagaimana pula kita nak bayar kos-kos lain jika pembiayaan tersebut sudah diluluskan nanti?
Apa yang perlu kita buat? Lampirkan kesemua penyata simpanan terkini (Tabung Haji, ASB dan sebagainya).
Contoh ringkas; katakanlah esok hari gaji, hari ini masih mempunyai baki? RM100? RM50?
Janganlah buat jika 15 hari lagi utuk dapat gaji, baki gaji hanya ada RM20. Ini kes dah habis korek. Tengah bulan dah kering. Sedih dan haru.
Bank pun takut nak lulus pembiayaan kita. Kalau kita jenis yang siap-siap asingkan duit kita ke akaun yang lain, lampirkan buktinya iaitu penyata bank untuk akaun simpanan tersebut.
CCRIS, yang diuruskan oleh Bank Negara, akan menyediakan maklumat pembayaran hutang si peminjam untuk tempoh 12 bulan terakhir. Laporan ini termasuklah:
Jangan terlepas tarikh akhir pembayaran pinjaman. Bayar awal sebelum tarikh akhir setiap bulan. Selain itu juga, periksa item No.2 iaitu Special Attention Account (SAA).
Jika ada apa-apa yang tersenarai di dalam ruangan SAA, pastikan kita selesaikan dan lampirkan sekali surat pelepasan semasa permohonan dibuat.
Nak lebih selamat, kita dapatkan laporan CCRIS secara online sebelum membuat sebarang permohonan pembiayaan perumahan.
Selain itu, ada beberapa faktor yang menyumbang kepada score yang rendah, seperti:
Bank minta penyata bank dan gaji untuk 3 bulan, kita beri 6 bulan. Bila bank minta untuk 6 bulan, kita beri setahun punya penyata.
Pertama, pihak bank tak perlu tanya anda banyak kali suruh hantar dokumen yang belum lengkap atau dokumen yang agak lemah. Keduanya, memudahkan pihak bank untuk mengetahui betapa konsistennya pendapatan kita dan berapa banyak, senang nak lulus permohonan kita nanti.
Nisbah Perkidmatan Hutang (DSR) Beritahu Berapa Banyak Anda Boleh Meminjam
Bagi lebih menyakinkan dan memastikan anda akan lulus pinjaman rumah anda, dapatkan bantuan beberapa orang pegawai bank (berlainan bank) untuk memeriksa kelayakan pinjaman kita. Pre-check.
Jika ada dokumen yang belum cukup, tambahkan dengan dokumen cukai pendapatan. Kalau pendapatan cukup hanya untuk hidup atau ada masalah dengan CCRIS, sekurang-sekurangnya pegawai bank boleh menasihati anda terlebih dahulu sebelum anda membeli.

- Simpanan Yang Mencukupi

- Baki Yang Cukup Dalam Akaun
Contoh ringkas; katakanlah esok hari gaji, hari ini masih mempunyai baki? RM100? RM50?
Janganlah buat jika 15 hari lagi utuk dapat gaji, baki gaji hanya ada RM20. Ini kes dah habis korek. Tengah bulan dah kering. Sedih dan haru.
Bank pun takut nak lulus pembiayaan kita. Kalau kita jenis yang siap-siap asingkan duit kita ke akaun yang lain, lampirkan buktinya iaitu penyata bank untuk akaun simpanan tersebut.
- CCRIS Yang "Cantik"
CCRIS, yang diuruskan oleh Bank Negara, akan menyediakan maklumat pembayaran hutang si peminjam untuk tempoh 12 bulan terakhir. Laporan ini termasuklah:
- Pinjaman/Pembiayaan rumah atau komersial
- Pinjaman sewa beli kereta
- Kad kredit
- Pinjaman peribadi atau lain-lain
Jangan terlepas tarikh akhir pembayaran pinjaman. Bayar awal sebelum tarikh akhir setiap bulan. Selain itu juga, periksa item No.2 iaitu Special Attention Account (SAA).
Jika ada apa-apa yang tersenarai di dalam ruangan SAA, pastikan kita selesaikan dan lampirkan sekali surat pelepasan semasa permohonan dibuat.
Nak lebih selamat, kita dapatkan laporan CCRIS secara online sebelum membuat sebarang permohonan pembiayaan perumahan.
- Skor Kredit Mesti Mantap
Selain itu, ada beberapa faktor yang menyumbang kepada score yang rendah, seperti:
- Pajakan Ar-rahnu yang banyak
- Peminjam mempunyai banyak pinjaman peribadi tertera dalam CCRIS, walaupun DSR masih rendah
- Peminjam mengambil banyak meminjam dalam masa setahun; ambil pinjaman sewa beli kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan pembiayaan rumah, walaupun bayaran ansuran bulanan yang 'cantik'
- Peminjam sudah berumur lebih 40 tahun, masih bujang, dalam CCRIS hanya mempunyai satu hutang kad kredit sahaja dan sekarang dia nak buat pinjaman rumah
- Dokumen Yang Lengkap Dan Terkini
Bank minta penyata bank dan gaji untuk 3 bulan, kita beri 6 bulan. Bila bank minta untuk 6 bulan, kita beri setahun punya penyata.
Pertama, pihak bank tak perlu tanya anda banyak kali suruh hantar dokumen yang belum lengkap atau dokumen yang agak lemah. Keduanya, memudahkan pihak bank untuk mengetahui betapa konsistennya pendapatan kita dan berapa banyak, senang nak lulus permohonan kita nanti.
- Tahu Dan Semak Kelayakan
Nisbah Perkidmatan Hutang (DSR) Beritahu Berapa Banyak Anda Boleh Meminjam
Bagi lebih menyakinkan dan memastikan anda akan lulus pinjaman rumah anda, dapatkan bantuan beberapa orang pegawai bank (berlainan bank) untuk memeriksa kelayakan pinjaman kita. Pre-check.
Jika ada dokumen yang belum cukup, tambahkan dengan dokumen cukai pendapatan. Kalau pendapatan cukup hanya untuk hidup atau ada masalah dengan CCRIS, sekurang-sekurangnya pegawai bank boleh menasihati anda terlebih dahulu sebelum anda membeli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan