Isnin, Januari 23

Manfaat Dalam Bentuk Barangan (Benefit In Kinds)

 

Dalam penggajian, antara manfaat yang diterima oleh pekerja ialah Faedah Dalam Bentuk Barangan (BIK). BIK adalah manfaat yang tidak boleh ditukar kepada wang dan ia juga tertakluk kepada pengenaan cukai.

Subseksyen 32(1), ACP 1967 memperuntukkan nilai BIK yang diambil kira sebagai pendapatan kasar penggajian pekerja adalah satu amaun yang munasabah dengan mengikut keadaannya.

Penentuan nilai BIK boleh dibuat menggunakan kaedah formula atau nilai ditetapkan. Nilai BIK boleh dikurangkan jika ia:

a) disediakan bagi tempoh kurang dari satu tahun, atau/dan

b) dikongsi dengan pekerja lain, atau/dan

c) digunakan bagi tujuan perniagaan majikan.

Terdapat beberapa BIK yang dikecualikan daripada cukai, antaranya:

a) manfaat pergigian,

b) manfaat penjagaan anak, dan

c) premium insurans kelompok pekerja.

Maklumat lanjut di bawah:

KU 11 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan