Sabtu, Januari 28

Manfaat Tempat Kediaman (Living Accommodation Benefit)


Satu lagi manfaat yang turut disediakan oleh majikan kepada pekerja ialah Manfaat Tempat Kediaman (Living Accommodation Benefit). Premis kediaman yang diperuntukkan adalah sebahagian daripada pendapatan kasar penggajian pekerja dan tertakluk kepada cukai di bawah Perenggan 13(1)(c), Akta CUkai Pendapatan 1967.

Terdapat tiga kategori pengiraan nilai premis kediaman yang disediakan oleh majikan kepada pekerja iaitu:

  1. Premis kediaman yang disediakan oleh majikan kepada pekerja (selain daripada pegawai kerajaan/badan berkanun) atau pengarah urusan;
  2. Premis kediaman yang disediakan oleh majikan kepada pengarah (bukan pengarah urusan) sebuah syarikat terkawal; dan
  3. Premis kediaman yang disediakan kepada pekerja / pengarah urusan / pegawai kerajaan / badan berkanun.

Sekiranya pekerja menerima manfaat ini, majikan perlu melaporkannya bersama-sama penerimaan pendapatan yang lain dalam Borang EA/EC.

Maklumat lanjut:

Ketetapan Umum (Tambahan):

https://cukaipendapatan.files.wordpress.com/2022/12/ku3_2005_tam1.pdf

Ketetapan Umum (Asal):

Tiada ulasan:

Catat Ulasan