Berikut adalah pendapatan yang tidak dikenakan cukai:
Pencen
Pencen yang diterima oleh seseorang dikecualikan daripada cukai pendapatan dengan syarat:
Individu yang bermastautin di Malaysia dikecualikan dari cukai atas pendapatan royaltinya seperti berikut:
Walau bagaimanapun, pengecualian di atas tidak terpakai jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang diterima oleh individu itu dalam menjalankan tugas rasmi.
Faedah
Pendapatan faedah yang diterima oleh individu bermastautin dari wang yang didepositkan dalam instusi berikut dikecualikan cukai mulai 30 Ogos 2008:
Antara dividen yang diterima yang dikecualikan cukai pendapatan termasuklah:
Pendapatan Lain
Pencen
Pencen yang diterima oleh seseorang dikecualikan daripada cukai pendapatan dengan syarat:
- Orang yang berkenaan bersara pada umur 55 tahun atau pada umur wajib untuk bersara dari penggajian seperti yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis,
- Orang yang bersara kerana keuzuran dan pencen tersebut diterima daripada kerajaan atau skim pencen yang diliuluskan,
- Bagi pekerja sektor awam yang memilih persaraan pilihan, bayaran pencen yang diterima akan ditaksir dan dikenakan cukai sehingga mencapai umur 55 tahun atau umur wajib bersara di bawah mana-mana undang-undang bertulis,
- Bagi individu yang menerima lebih dari satu pencen, hanya bayaran pencen yang tertinggi akan dikecualikan dari cukai.
- Pencen terbitan (Derivative Pension). Contonya isteri/suami terima pencen kerana kematian pasangan.
- Pencen ilat (Invalidity Pension). Contohnya pekerja terima pencen kerana kecacatan semasa bekerja.
- Pencen penakat (Survivors' Pension). Contohnya balu terima pencen kerana kematian pasangan yang berinsurans sebab tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Individu yang bermastautin di Malaysia dikecualikan dari cukai atas pendapatan royaltinya seperti berikut:
No.
|
Jenis khidmat/hasil kerja yang dibayar setahun
|
Amaun dikecualikan
(RM)
|
1
|
Penerimaan dari penerbitan hasil seni/rakaman
pita/cakera
|
10,000
|
2
|
Penerimaan hasil penterjemahan
buku/karya kesusasteraan
|
12,000
|
3
|
Penerimaan hasil penerbitan karya
kesusasteraan/lukisan asli/penggubahan muzik
|
20,000
|
Faedah
Pendapatan faedah yang diterima oleh individu bermastautin dari wang yang didepositkan dalam instusi berikut dikecualikan cukai mulai 30 Ogos 2008:
- Bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
- Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perbankan lslam 1983.
- Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.
- Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995.
- Malaysia Building Society Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
- Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
Antara dividen yang diterima yang dikecualikan cukai pendapatan termasuklah:
- Dividen yang diterima dari syarikat yang mengagihkan dividen pendapatan syarikat yang dikecualikan cukai.
- Dividen yang diterima dari syarikat koperasi.
- Dividen yang diterima dari amanah saham yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, seperti dividen Amanah Saham Bumiputera.
- Dividen yang diterima daripada unit amanah yang diluluskan oleh Menteri Kewangan yang melaburkan 90% atau lebih daripada unit amanah tersebut dalam sekuriti kerajaan.
Tambang Perjalanan
Tambang percutian dalam Malaysia yang tidak melebihi tiga kali dalam satu tahun kalendar, atau
Tambang percutian ke luar Malaysia yang tidak melebihi sekali dalam mana-mana tahun kalendar, terhad kepada amaun maksimum RM3,000.
Harap maklum bahawa tambang percutian yang dimaksudkan adalah kos tambang sahaja. Kos-kos lain tidak dianggap sebagai kos tambang.
- Pendapatan warga asing yang bekerja di atas kapal Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan