Memaparkan catatan dengan label pendapatan pencen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendapatan pencen. Papar semua catatan

Khamis, Jun 4

Apa itu Penalti Seksyen 113(2)

Seksyen 113(2) berbunyi seperti berikut:

Di mana seseorang:

(a) membuat pengisytiharan yang tidak betul dengan menghapuskan atau mengurangkan pendapatan bagi pihak dirinya atau orang lain; atau

(b) memberikan apa-apa maklumat yang tidak betul berkaitan dengan apa-apa perkara yang mempengaruhi kewajipannya untuk dikenakan cukai kepada dirinya sendiri atau orang lain.

Berapa penaltinya?

Penalti yang akan dikenakan adalah 45% dari kenaikan cukai iaitu perbezaan antara cukai yang ditipu dengan cukai sebetulnya. Wah! Banyak tu. Oleh itu kami mengesyorkan agar anda tidak cuba untuk melakukan kesalahan ini.

Boleh buat rayuan penalti Seksyen 113(2)?

Anda boleh cuba membuat rayuan dengan menghantar surat rayuan kepada LHDN. Contoh suratnya seperti berikut:

Rayuan Penalti Seksyen 113(2)

Ahad, Mei 3

Apa itu Cukai Pendapatan?


Cukai pendapatan dikenakan kepada individu dan syarikat, atas segala pendapatan yang dijana. Ia dicaj pada kadar yang berbeza bergantung kepada jenis sumber pendapatan. Individu dan syarikat perlu menghantar cukai mereka yang telah difailkan dalam tempoh yang tertentu untuk membayar apa-apa cukai yang perlu, ataupun untuk menerima pulangan bagi bayaran cukai yang berlebihan.

Cukai pendapatan dikutip oleh kerajaan untuk membayar apa sahaja yang diperlukan bagi pembangunan negara. Sebagai contoh, ia digunakan untuk membayar pegawai kerajaan, membina infrastruktur dan kemudahan kerajaan, biasiswa, kemudahan seperti taman rekreasi awam, institut pendidikan, inisiatif kesihatan, sekuriti dan pertahanan negara, pencen, dan juga kajian sains dan perubatan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula dilantik oleh kerajaan sebagai ejen untuk menguatkuasakan Akta Cukai Pendapatan 1967 dan mengutip cukai bagi pihak kerajaan.

Adakah anda dikenakan cukai pendapatan?

Anda dikenakan cukai sekiranya jumlah pendapatan anda layak dikenakan cukai setelah ditolak dengan pelepasan-pelepasan yang layak dituntut.

Apa itu Nombor Pengenalan Cukai?

Nombor Pengenalan Cukai (TIN) adalah satu nombor peribadi yang digunakan bagi tujuan percukaian di dalam sesebuah negara. Mulai Januari 2021, kerajaan akan memperkenalkan inisiatif TIN untuk semua perniagaan atau individu yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai hasil pendapatan.

Dengan nombor ini, agensi kerajaan mencari individu dalam satu pangkalan data maklumat. Di samping itu, agensi kerajaan memerlukannya untuk memantau pembayar cukai dan majikan mengenai kewajipan mereka.

Nombor TIN seorang individu adalah gabungan dua belas penamaan digital, yang masing-masing membawa maklumat tertentu:
  • dua nilai pertama menunjukkan kod pemeriksaan cukai yang memberikan nombor individu kepada orang tertentu;
  • enam yang seterusnya adalah nombor siri pembayar cukai, yang mana maklumat tentangnya dalam senarai pendaftaran;
  • dua digit terakhir adalah kawalan, dan tujuannya adalah untuk mengesahkan ketepatan nombor tersebut. Dua digit terakhir ditentukan menggunakan algoritma khas.

Khamis, Januari 30

Apa itu Borang E?

Borang E adalah pengisytiharan untuk memberitahu LHDN mengenai jumlah pekerja dan senarai butiran pendapatan pekerja, ia berbeza dengan bentuk cukai pendapatan individu atau syarikat.
Perniagaan yang mendapat pendapatan, sama ada ia adalah:
✅ pemilik tunggal,
✅ perkongsian,
✅ syarikat terhad swasta, atau
✅ kumpulan besar syarikat dengan banyak anak syarikat,
Malah syarikat yang tidak aktif mesti mengemukakan Borang E. Oleh itu, semua majikan perlu mengemukakan Borang E.
Sudahkah anda menyediakan Borang E?
Adalah penting bahawa majikan mengetahui bagaimana untuk melengkapkan Borang E secara tepat dan mengemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum tarikh akhir yang ditetapkan untuk mengelakkan penalti.
Kegagalan mengemukakan Borang E pada atau sebelum 31 Mac adalah kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Catatan:
30 April untuk penyerahan melalui e-filing. Penalti dari RM200 hingga RM20,000 atau Penjara 6 Bulan atau kedua-duanya akan dikenakan jika anda gagal untuk mematuhi tarikh pemfailan yang ditetapkan.

Rabu, September 25

Pendapatan Tak Kena Cukai (bebas cukai)

Berikut adalah pendapatan yang tidak dikenakan cukai:

Pencen

Pencen yang diterima oleh seseorang dikecualikan daripada cukai pendapatan dengan syarat:
  1. Orang yang berkenaan bersara pada umur 55 tahun atau pada umur wajib untuk bersara dari penggajian seperti yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis,
  2. Orang yang bersara kerana keuzuran dan pencen tersebut diterima daripada kerajaan atau skim pencen yang diliuluskan,
  3. Bagi pekerja sektor awam yang memilih persaraan pilihan, bayaran pencen yang diterima akan ditaksir dan dikenakan cukai sehingga mencapai umur 55 tahun atau umur wajib bersara di bawah mana-mana undang-undang bertulis,
  4. Bagi individu yang menerima lebih dari satu pencen, hanya bayaran pencen yang tertinggi akan dikecualikan dari cukai.
  5. Pencen terbitan (Derivative Pension). Contonya isteri/suami terima pencen kerana kematian pasangan.
  6. Pencen ilat (Invalidity Pension). Contohnya pekerja terima pencen kerana kecacatan semasa bekerja.
  7. Pencen penakat (Survivors' Pension). Contohnya balu terima pencen kerana kematian pasangan yang berinsurans sebab tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Royalti

Individu yang bermastautin di Malaysia dikecualikan dari cukai atas pendapatan royaltinya seperti berikut:

No.
Jenis khidmat/hasil kerja yang dibayar setahun
Amaun dikecualikan
(RM)
1
Penerimaan dari penerbitan hasil seni/rakaman pita/cakera
10,000
2
Penerimaan hasil penterjemahan buku/karya kesusasteraan
12,000
3
Penerimaan hasil penerbitan karya kesusasteraan/lukisan asli/penggubahan muzik
20,000
Walau bagaimanapun, pengecualian di atas tidak terpakai jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang diterima oleh individu itu dalam menjalankan tugas rasmi.

Faedah

Pendapatan faedah yang diterima oleh individu bermastautin dari wang yang didepositkan dalam instusi berikut dikecualikan cukai mulai 30 Ogos 2008:
  1. Bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
  2. Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perbankan lslam 1983.
  3. Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.
  4. Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995.
  5. Malaysia Building Society Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
  6. Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
Dividen

Antara dividen yang diterima yang dikecualikan cukai pendapatan termasuklah:
  1. Dividen yang diterima dari syarikat yang mengagihkan dividen pendapatan syarikat yang dikecualikan cukai.
  2. Dividen yang diterima dari syarikat koperasi.
  3. Dividen yang diterima dari amanah saham yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, seperti dividen Amanah Saham Bumiputera.
  4. Dividen yang diterima daripada unit amanah yang diluluskan oleh Menteri Kewangan yang melaburkan 90% atau lebih daripada unit amanah tersebut dalam sekuriti kerajaan.

Tambang Perjalanan

Tambang percutian dalam Malaysia yang tidak melebihi tiga kali dalam satu tahun kalendar, atau

Tambang percutian ke luar Malaysia yang tidak melebihi sekali dalam mana-mana tahun kalendar, terhad kepada amaun maksimum RM3,000.

Harap maklum bahawa tambang percutian yang dimaksudkan adalah kos tambang sahaja. Kos-kos lain tidak dianggap sebagai kos tambang.

Baca: Gratuiti Tak Kena Cukai Pendapatan?

Baca: Pendapatan Dari Pampasan Tak Kena Cukai Pendapatan?

Pendapatan Lain
  1. Pendapatan warga asing yang bekerja di atas kapal Malaysia.

Sabtu, April 20

Adakah Pencen Dikenakan Cukai Pendapatan?

Biarkan kami beritahu anda, pencen dikenakan cukai pendapatan bergantung pada jenis-jenisnya.
Jenis-jenis pencen:
  1. Pencen Biasa
  • Bersara sebelum umur 55 tahun
Sekiranya anda bersara sebelum umur 55 tahun, pencen anda layak dikenakan cukai pendapatan sehingga anda berumur 55 tahun. Sila isikan pendapatan pencen tersebut di ruangan pencen, anuiti dan bayaran berkala lain. Jika anda mempunyai pencen dan telah berumur 55 tahun atau ke atas, maka anda tidak perlu bayar cukai.
  • Lebih dari satu pencen
Jika seseorang yang menerima lebih dari satu pencen, jumlah pencen yang tertinggi sahaja yang dikecualikan cukai. Rujuk Perenggan 16 Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967.
  1. Pencen terbitan (Derivative pensions)
Pencen ini tidak dikenakan cukai. Contonya isteri/suami terima pencen kerana kematian pasangan.
  1. Pencen ilat (Invalidity pensions)
Pencen ini tidak dikenakan cukai. Contohnya pekerja terima pencen kerana kecacatan semasa bekerja.
  1. Pencen penakat/survivors'
Pencen ini tidak dikenakan cukai. Contohnya balu terima pencen kerana kematian pasangan yang berinsurans sebab tidak berkaitan dengan pekerjaan.

Khamis, Mac 28

2 Pendapatan dari 2 Perniagaan

Saya ada dua perniagaan dan menjadikan ia dua pendapatan. Jadi macam mana saya isytiharkan dalam e-filing saya.

Dalam hal ini anda hendaklah mengisytiharkan dengan jelas pada perniagaan utama. Penuhkan maklumat akaun untuk perniagaan ini.

Untuk perniagaan kedua, anda hanya isytiharkan pendapatan berkanun pada pendapatan lain di e-filing.

Rabu, September 20

Adakah Pendapatan Dari Perniagaan Yang Tidak Berdatfar Dengan SSM Tidak Dikenakan Cukai?

Adakah pendapatan dari perniagaan yang tidak berdatfar dengan SSM tidak dikenakan cukai pendapatan? Saya pula jual nasi lemak tepi jalan. Takkan nak berdaftar dengan SSM? Tapi sebenarnya jika anda tidak berdaftar dengan SSM pun anda dikenakan cukai pendapatan kerana anda mempunyai pendapatan. Ada banyak jenis pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Berikut adalah butirannya:
1) Pendapatan Perniagaan
2) Pendapatan Penggajian
3) Pendapatan Sewa
4) Pendapatan Pencen
5) Pendapatan dari Dividen, Faedah, Diskaun, Royalti, Premium dan Aniuti
6) Pendapatan lain