Memaparkan catatan dengan label pendapatan dividen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendapatan dividen. Papar semua catatan

Khamis, Jun 4

Apa itu Penalti Seksyen 113(2)

Seksyen 113(2) berbunyi seperti berikut:

Di mana seseorang:

(a) membuat pengisytiharan yang tidak betul dengan menghapuskan atau mengurangkan pendapatan bagi pihak dirinya atau orang lain; atau

(b) memberikan apa-apa maklumat yang tidak betul berkaitan dengan apa-apa perkara yang mempengaruhi kewajipannya untuk dikenakan cukai kepada dirinya sendiri atau orang lain.

Berapa penaltinya?

Penalti yang akan dikenakan adalah 45% dari kenaikan cukai iaitu perbezaan antara cukai yang ditipu dengan cukai sebetulnya. Wah! Banyak tu. Oleh itu kami mengesyorkan agar anda tidak cuba untuk melakukan kesalahan ini.

Boleh buat rayuan penalti Seksyen 113(2)?

Anda boleh cuba membuat rayuan dengan menghantar surat rayuan kepada LHDN. Contoh suratnya seperti berikut:

Rayuan Penalti Seksyen 113(2)

Rabu, September 25

Pendapatan Tak Kena Cukai (bebas cukai)

Berikut adalah pendapatan yang tidak dikenakan cukai:

Pencen

Pencen yang diterima oleh seseorang dikecualikan daripada cukai pendapatan dengan syarat:
  1. Orang yang berkenaan bersara pada umur 55 tahun atau pada umur wajib untuk bersara dari penggajian seperti yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis,
  2. Orang yang bersara kerana keuzuran dan pencen tersebut diterima daripada kerajaan atau skim pencen yang diliuluskan,
  3. Bagi pekerja sektor awam yang memilih persaraan pilihan, bayaran pencen yang diterima akan ditaksir dan dikenakan cukai sehingga mencapai umur 55 tahun atau umur wajib bersara di bawah mana-mana undang-undang bertulis,
  4. Bagi individu yang menerima lebih dari satu pencen, hanya bayaran pencen yang tertinggi akan dikecualikan dari cukai.
  5. Pencen terbitan (Derivative Pension). Contonya isteri/suami terima pencen kerana kematian pasangan.
  6. Pencen ilat (Invalidity Pension). Contohnya pekerja terima pencen kerana kecacatan semasa bekerja.
  7. Pencen penakat (Survivors' Pension). Contohnya balu terima pencen kerana kematian pasangan yang berinsurans sebab tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Royalti

Individu yang bermastautin di Malaysia dikecualikan dari cukai atas pendapatan royaltinya seperti berikut:

No.
Jenis khidmat/hasil kerja yang dibayar setahun
Amaun dikecualikan
(RM)
1
Penerimaan dari penerbitan hasil seni/rakaman pita/cakera
10,000
2
Penerimaan hasil penterjemahan buku/karya kesusasteraan
12,000
3
Penerimaan hasil penerbitan karya kesusasteraan/lukisan asli/penggubahan muzik
20,000
Walau bagaimanapun, pengecualian di atas tidak terpakai jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang diterima oleh individu itu dalam menjalankan tugas rasmi.

Faedah

Pendapatan faedah yang diterima oleh individu bermastautin dari wang yang didepositkan dalam instusi berikut dikecualikan cukai mulai 30 Ogos 2008:
  1. Bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
  2. Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perbankan lslam 1983.
  3. Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.
  4. Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995.
  5. Malaysia Building Society Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
  6. Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
Dividen

Antara dividen yang diterima yang dikecualikan cukai pendapatan termasuklah:
  1. Dividen yang diterima dari syarikat yang mengagihkan dividen pendapatan syarikat yang dikecualikan cukai.
  2. Dividen yang diterima dari syarikat koperasi.
  3. Dividen yang diterima dari amanah saham yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, seperti dividen Amanah Saham Bumiputera.
  4. Dividen yang diterima daripada unit amanah yang diluluskan oleh Menteri Kewangan yang melaburkan 90% atau lebih daripada unit amanah tersebut dalam sekuriti kerajaan.

Tambang Perjalanan

Tambang percutian dalam Malaysia yang tidak melebihi tiga kali dalam satu tahun kalendar, atau

Tambang percutian ke luar Malaysia yang tidak melebihi sekali dalam mana-mana tahun kalendar, terhad kepada amaun maksimum RM3,000.

Harap maklum bahawa tambang percutian yang dimaksudkan adalah kos tambang sahaja. Kos-kos lain tidak dianggap sebagai kos tambang.

Baca: Gratuiti Tak Kena Cukai Pendapatan?

Baca: Pendapatan Dari Pampasan Tak Kena Cukai Pendapatan?

Pendapatan Lain
  1. Pendapatan warga asing yang bekerja di atas kapal Malaysia.

Khamis, Mac 28

2 Pendapatan dari 2 Perniagaan

Saya ada dua perniagaan dan menjadikan ia dua pendapatan. Jadi macam mana saya isytiharkan dalam e-filing saya.

Dalam hal ini anda hendaklah mengisytiharkan dengan jelas pada perniagaan utama. Penuhkan maklumat akaun untuk perniagaan ini.

Untuk perniagaan kedua, anda hanya isytiharkan pendapatan berkanun pada pendapatan lain di e-filing.

Rabu, September 20

Adakah Pendapatan Dari Perniagaan Yang Tidak Berdatfar Dengan SSM Tidak Dikenakan Cukai?

Adakah pendapatan dari perniagaan yang tidak berdatfar dengan SSM tidak dikenakan cukai pendapatan? Saya pula jual nasi lemak tepi jalan. Takkan nak berdaftar dengan SSM? Tapi sebenarnya jika anda tidak berdaftar dengan SSM pun anda dikenakan cukai pendapatan kerana anda mempunyai pendapatan. Ada banyak jenis pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Berikut adalah butirannya:
1) Pendapatan Perniagaan
2) Pendapatan Penggajian
3) Pendapatan Sewa
4) Pendapatan Pencen
5) Pendapatan dari Dividen, Faedah, Diskaun, Royalti, Premium dan Aniuti
6) Pendapatan lain