Khamis, Ogos 27

Hibah Harta Tanah - 2 Dokumen Penting


 Dalam hibah harta tanah, ada 2 dokumen penting yang terlibat;

  1. Dokumen surat pengisytiharan hibah
  2. Dokumen perintah pengesahan hibah
  1. Surat Pengisytiharan Hibah

Dokumen ini mengandungi hasrat pemilik kepada penerima.

Ia boleh disediakan oleh syarikat amanah, peguam atau individu sendiri.

Ia hanya akan sah dengan 2 cara:

a. Apabila ia dipersetujui dengan cara muafakat oleh waris

b. Apabila disahkan oleh mahkamah syariah

  1. Perintah Pengesahan Hibah / Surat Perintah Hibah

Dokumen ini pula dikeluarkan oleh mahkamah untuk mengesahkan hibah yang berlaku di antara pemilik harta dengan penerima hibah.

Mahkamah boleh mengeluarkan surat perintah hibah ini berpandukan dokumen pertama tadi, surat pengisytiharan hibah.

Dokumen ini boleh dikeluarkan mahkamah sama ada semasa pemilik masih hidup atau selepas meninggal dunia.

Proses akan menjadi lebih mudah apabila dokumen ini dikeluarkan ketika pemilik masih hidup berbanding selepas kematiannya.

Sekiranya pemilik sudah meninggal dunia baharu hendak dibuat pengisytiharan hibah, akan menimbulkan polemik di kalangan ahli waris jika tidak berlaku muafakat.

Apabila ia sudah dikeluarkan ketika pemilik masih hidup, bermakna ijab dan qabul sudah berlaku dan ia bukan lagi harta pusaka dan tidak tertakluk kepada faraid.

Adapun bila pengisytiharan hibah itu dibuat, bergantung kepada situasi dan kes berbeza. Ada keperluan tertentu yang menyebabkan pengisytiharan hibah perlu dibuat selepas pemilik meninggal dunia, contohnya harta masih di dalam hutang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan