Rabu, Januari 13

Apa itu MRTA, MLTA, MRTT dan MLTT?


 Perkataan 'MRTA', 'MLTA', 'MRTT', dan 'MLTT' mungkin terdengar seperti sama. Produk-produk ini direka untuk menampung beban kewangan pinjaman perumahan anda sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Ini bermaksud sekiranya sesuatu musibah menimpa anda, keadaan kewangan orang-orang yang disayangi terjamin di saat-saat mereka memerlukannya.

Keempat-empat perlindungan ini adalah seperti jaring keselamatan kewangan untuk pinjaman perumahan anda. Tetapi apakah perbezaan antara keempat-empatnya, dan pilihan mana yang terbaik untuk anda?

1) Apa itu MRTA?

Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) adalah sejenis insurans pinjaman perumahan yang direka dengan jumlah yang diinsuranskan menyusut, mengikut tempoh pinjaman perumahan anda.

Ketika anda membayar pinjaman perumahan anda, nilai hutang tertunggak tu akan berkurangan. MRTA direka sedemikian rupa, supaya jumlah yang akan dibayar pada saat tuntutan mencukupi jumlah nilai pinjaman perumahan yang belum dijelaskan pada ketika itu.

Jadi, adalah sangat penting untuk anda pastikan bahawa semasa mengambil MRTA, anda memasukkan tempoh dan nilai pinjaman perumahan dengan betul.

Sekiranya jumlah yang diinsuranskan di MRTA lebih rendah berbanding pinjaman perumahan anda pada masa tuntutan, mungkin ada jurang antara nilai hutang pinjaman perumahan dengan nilai pembayaran MRTA.

Begitu juga jika anda menginsuranskan lebih daripada nilai pinjaman perumahan; hanya jumlah yang terhutang akan dibayar kepada pemberi pinjaman perumahan, tanpa apa-apa kelebihan tambahan.

2) Apa itu MLTA?

MLTA adalah sejenis insurans pinjaman perumahan di mana jumlah yang diinsuranskan kekal sepanjang tempoh pelan. Ini bermakna ia akan membayar jumlah yang sama pada tahun ke-10, seperti yang akan berlaku pada tahun ke-25.

MLTA memberikan nilai manfaat yang jelas sepanjang tempoh polisi. Tapi ni tidak seperti MRTA; sekiranya terdapat lebihan pembayaran, ia akan dibayar kepada benefisiari!

Mari kita renungkan senario ni, di mana pelan perlindungan MLTA anda berharga RM500,000, dan baki pinjaman perumahan yang belum dijelaskan berjumlah RM300,000.

Tuntutan yang berjaya akan membayar RM300,000 kepada bank untuk menampung hutang rumah yang belum dijelaskan, dengan RM200,000 dibayar kepada benefisiari polisi. Hebatkan!

3) Apa itu MRTT?

Mortgage Reduction Term Takaful (MRTT) adalah produk insurans hayat jangka pendek yang mengikuti prinsip kewangan Islam.

Pada dasarnya, ia adalah insurans untuk menampung kos pinjaman perumahan sekiranya berlaku kematian, atau hilang upaya kekal.

Seperti perlindungan MRTA, nilai yang dilindungi di bawah MRTT direka untuk menyusut mengikut jumlah nilai baki pinjaman perumahan anda yang akan berkurangan.

Ini adalah kerana jumlah baki pinjaman perumahan akan beransur-ansur menurun, dan MRTT yang disusun dengan baik akan berkurangan juga, mengikut jumlah pinjaman.

Tapi ingat, anda perlu pastikan tempoh dan nilai untuk diinsuranskan ditulis dengan betul pada permulaan insurans ini!

Dengan cara itu, anda tidak perlu risau kerana sudah pasti baki pinjaman tertunggak dan nilai diinsuranskan sepadan dengan tempoh polisi.

4) Apa itu MLTT?

Mortgage Level Term Takaful (MLTT) adalah perlindungan insurans hayat yang direka untuk memberi sokongan kewangan, sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Jumlah keseluruhan yang diinsuranskan dalam perlindungan ini kekal, dan tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman. MLTT adalah produk kewangan Islam yang memastikan jumlah pembayaran yang perlu dibuat kekal sama, sepanjang pelan.

Ini mengekalkan nilai pembayaran yang dijamin, yang bermaksud nilai diinsuranskan yang akan dibayar pada masa tuntutan adalah sama dari tahun pertama hingga tahun terakhir perlindungan.

Apakah Perbezaan Antara MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT?

 

MRTA

MLTA

MRTT

MLTT

Perlindungan

Kematian dan hilang upaya kekal

Kematian dan hilang upaya kekal

Kematian dan hilang upaya kekal

Kematian dan hilang upaya kekal

Jumlah perlindungan

Menurun mengikut tempoh pelan

Kekal sepanjang tempoh pelan

Menurun mengikut tempoh pelan

Kekal sepanjang tempoh pelan

Polisi pembayaran

Pembayaran sekali gus di awal pelan

Bayaran bulanan sepanjang tempoh pelan

Pembayaran sekali gus di awal pelan

Bayaran bulanan sepanjang tempoh pelan

Pembayaran kepada

Bank atau institusi kewangan yang memberikan pinjaman perumahan

Bank, sehingga nilai tertunggak pinjaman perumahan

 

+Bayaran tambahan kepada benefisiari

Bank atau institusi kewangan yang memberikan pinjaman perumahan

Bank, sehingga nilai tertunggak pinjaman perumahan

 

+Bayaran tambahan kepada benefisiari

kos

Pembayaran sekaligus dan boleh boleh dibayar menggunakan pinjaman perumahan. Mencerminkan pengurangan nilai pembayaran

Kos jangka panjang yang lebih tinggi disebabkan jumlah perlindungan yang tetap, dibayar secara ansuran

Pembayaran sekaligus yang boleh dimasukkan dalam jumlah pinjaman perumahan. Mencerminkan pengurangan nilai pembayaran

Kos jangka panjang yang lebih tinggi disebabkan jumlah perlindungan yang tetap, dibayar secara ansuran

Prinsip Perbankan Islam

Tidak

Tidak

Ya

Ya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan