Memaparkan catatan dengan label asset. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label asset. Papar semua catatan

Khamis, Disember 10

Rumah Boleh Jadi Aset Dan Beban


Dalam keghairahan memiliki rumah sebagai aset terbesar dan juga sebagai tempat berlindung bagi diri dan keluarga, tahukah anda rumah juga belum dikira aset mutlak dan masih milik bank jika bayaran penuh belum dilunaskan. Jika anda sakit bagaimana? Rumah dan bil perlu dibayar.

Rumah boleh dikategorikan dalam 8 keadaan:

1. Jika melakukan bisnes jual rumah, ia dikira sebagai stok atau inventori. Kiranya tiada keuntungan jika rumah ini belum terjual bagi pihak pemaju. Ia jadi beban kepada pemaju kerana tiada jualan masuk dan kos operasi sudah dikeluarkan dahulu.

2. Rumah juga dikira sebagai aset sekiranya disewakan. Hasil sewaan positif apabila kita masih ada baki selepas bayar ansuran ke bank. Jika tiada penyewa atau kadar sewa negatif (kadar sewa kurang daripada bayaran bank) ia masih menjadi beban kepada pemilik.

3. Rumah yang diduduki dan perlu dibayar bayaran bulanan. Ia boleh dikira liabiliti atau beban sementara kerana perlu membayarnya dalam tempoh yang lama 30-35 tahun tanpa mendapat keuntungan (tiada wang masuk ke poket, hanya keluar). Walau bagaimanapun ia hanya sementara. Jika sudah habis bayar ia menjadi milikan penuh. Atau pada satu ketika ingin jual, kita terima untung darinya dalam jumlah yang agak besar.

4. Rumah yang buruk juga dikira aset sekiranya diubah suai cantik serta dijual kembali. Ia boleh jadi dalam pasaran lelong di mana yang membeli mempunyai tunai yang banyak dan melakukan proses ubahsuai dan disewakan.

5. Rumah juga boleh jadi aset sementara kepada yang membuat bisnes sublet (urus sewa pelbagai rumah dan harta tanah yang bukan milik mereka). Mereka sudah deal dengan pemilik harta tanah dan mendapat keuntungan dari hasil sewa. Cara ini tidak perlu kos tinggi untuk bermula kerana tidak perlu beli harta tanah, cuma perlukan kos operasi seperti melayan karenah penyewa, mencari penyewa dan lain-lain.

6. Rumah juga boleh jadi aset jika dihibahkan. Contoh suami hibahkan kepada anak dan isteri apabila beliau meninggal (perlu buat dokumen hibah yang sah dengan organisasi tertentu). Ia aset kepada anak serta isteri kerana bayaran rumah sudah diselesaikan oleh pihak takaful atau insurans.

7. Rumah juga boleh jadi beban kepada anak, isteri dan keluarga jika tidak diuruskan pemilikan apabila kita mati nanti. Kisah nyata perebutan harta oleh waris. Akhirnya, aset itu perlu dijual kerana waris menanggung beban dengan pelbagai pihak yang memaksa.

8. Rumah juga boleh menjadi beban jika lokasi yang dipilih kurang kemudahan dan jauh dari jalan raya mahu pun pengangkutan awam. Harga rumah akan jatuh di bawah nilai pasaran semasa.

Kesimpulannya

Secara asasnya, rumah adalah perlindungan dan tempat untuk berteduh bagi seisi keluarga. Namun, perlu pilih sesuai dengan keperluan diri.

Sabtu, Oktober 10

5 Perkara Penting Dalam Penyata Kewangan Laporan Syarikat Yang Perlu Kita Tahu

 

Penyata kewangan adalah terdiri daripada penyata pendapatan, kunci kira-kira, dan penyata aliran tunai. Bagi yang belajar perakaunan barangkali sudah biasa dengan penyata kewangan, tetapi bagaimana pula dengan yang lain? Ada 5 perkara penting yang kita kena tahu semasa membaca penyata kewangan seperti berikut:

1. Hasil (Revenue)

Ia boleh datang dalam bentuk jualan, royalti, atau apa-apa sahaja yang mendatangkan pendapatan kepada syarikat.

Syarikat yang mempunyai peningkatan revenue dari tahun ke tahun adalah syarikat yang menunjukkan prestasi yang baik.

2. Keuntungan (Profit)

Untung bersih adalah revenue tolak kos-kos lain seperti gaji pekerja, sewa pejabat, belanja penyelenggaraan, belanja pengangkutan, belanja pengiklanan, atau cukai.

Sama seperti revenue, syarikat yang mempunyai peningkatan untung dari tahun ke tahun adalah syarikat yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini menunjukkan syarikat tersebut bijak dalam menguruskan kos operasi.

3. Aset

Asset adalah sumber sesebuah syarikat. Ianya adalah apa-apa sahaja yang dimiliki syarikat yang boleh menghasilkan nilai ekonomi kepada sesebuah syarikat sama ada aset tetap iaitu bangunan, tanah atau aset semasa seperti tunai.

Syarikat yang mempunyai aset yang banyak berpotensi untuk mengembangkan lagi perniagaan dan memberi pulangan yang terbaik kepada para pelabur.

4. Liabiliti

Liability adalah hutang yang dimiliki oleh sesebuah syarikat. Contohnya adalah seperti pinjaman, bon, dan perbelanjaan terakru (yang masih belum dibayar).

Syarikat yang mempunyai liabiliti yang banyak tidak semestinya tidak bagus kerana mungkin syarikat meminjam bertujuan untuk mengembangkan lagi perniagaan bagi menjana keuntungan.

Tetapi adalah lebih baik jika liabiliti tidak meningkat dari tahun ke tahun kerana ia menunjukkan syarikat tersebut tidak bijak dalam menguruskan operasi syarikat.

5. Ekuiti

Ekuiti adalah pelaburan syarikat dalam perniagaan iaitu modal yang dilaburkan dan untung/rugi dalam aktiviti perniagaan. Keuntungan akan meningkatkan ekuiti manakala kerugian akan mengurangkan ekuiti.

Jadi syarikat yang mempunyai ekuiti yang meningkat dari tahun ke tahun adalah syarikat yang berpotensi untuk menjana keuntungan. Formula ekuiti adalah:

Ekuiti = Aset – Liabiliti

Sekarang anda sudah tahu bagaimana untuk membaca penyata kewangan!