Isnin, Jun 11

Akibat Tidak Bayar Cukai Pendapatan


Tentu anda tertanya-tanya apa akibatnya tidak membayar cukai pendapatan. Berikut adalah penjelasannya:

  1. Akan dikenakan penalti Seksyen 103(3) iaitu 10% kenaikan daripada cukai yang kena bayar, dan tambahan 5% kenaikan atas baki di atas jika bayaran tidak dibuat selepas 60 hari dari tarikh akhir.
  1. Disekat keluar negara, melalui Jabatan Imegresen.
  1. Berisiko dikenakan tindakan mahkamah dan kesalahan sama ada didenda atau dipenjara.

Khamis, April 5

Pindaan Borang BE

Saya dah hantar borang BE. Tapi ada kesilapan. Saya perlu pinda borang ini. Macam mana? Senang sahaja. Cuma klik pada e-permohonan pindaan BE.
Tapi di sini hanya untuk pindaan pendapatan dan tuntutan sahaja. Kalau saya nak pinda Jenis Taksiran, saya kena pergi pejabat LHDN.

Ahad, April 1

Tip Simpan Resit Untuk Cukai Pendapatan

Aduh! Banyaknya resit yang nak disimpan. Resit apa yang perlu disimpan? Berikut adalah resit-resit yang perlu disimpan dalam tempoh 7 tahun:
  1. Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti AMAN PALESTINE, MERCY dan MAKNA
  2. Perbelanjaan Perubatan
  3. Pembelian buku, majalah, surat khabar bercetak, pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet, pembelian peralatan sukan dan bayaran keahlian gimnasium
  4. Bayaran langganan internet
  5. Pembelian peralatan penyusuan
  6.  Yuran penghantaran anak ke pusat asuhan kanak-kanak atau pra-sekolah
  7.  Penyata bayaran tahunan Insuran Hayat/Takaful Keluarga, Insuran pendidikan dan perubatan
  8. Zakat
Satu lagi masalah. Dakwat pada resit ini akan hilang. Jadi macam mana? LHDN menasihati orang ramai supaya membuat salinan pada resit-resit ini.

Khamis, Mac 8

Seksyen 127

Apa itu Seksyen 127?
Seksyen 127 adalah surat kebenaran dari menteri untuk mendapatkan pengecualian dari cukai pendapatan.
Saya tak tahu pun hal ini dan tak ada surat pun. Jadi bagaimana saya kena buat pada e-filing?
Mudah sahaja. Cuma klik pada bahagian bawah sekali iaitu TIDAK BERKENAAN.

Rabu, Februari 28

Salah Faham Urus Duit Yang Mesti Diperbetulkan

Jom kita lihat satu per satu salah faham urus duit yang sering berlaku:
1 – “Gaji tinggi, hidup selesa”
Itulah yang ditanam dalam minda masyarakat kita, sejak daripada kecil lagi.
Kononnya jika dapat jumlah pendapatan yang tinggi, mesti dapat hidup dengan selesa.
Dapat beli apa sahaja, penuhi apa sahaja yang diingini.
Hakikatnya tidak begitu.
Jumlah gaji atau pendapatan yang tinggi tidak menjamin seseorang itu bebas daripada sebarang masalah kewangan.
Mesti anda semua pernah dengar dengan pepatah “Semakin besar periuk, semakin besar keraknya”, bukan?
Dari konteks pengurusan kewangan peribadi, pepatah ini memberi gambaran tabiat kebanyakan orang yang suka menambah perbelanjaan apabila pendapatan bertambah.
Pantang gaji naik sedikit, terus mengidamkan kereta yang lebih mahal.
Dapat bonus, dihabiskan kepada shopping membeli pakaian-pakaian mahal dan barang-barang bukan keperluan.
Akibatnya, walau gaji bertambah besar, namun kehidupan masih tetap sama dibelenggu masalah kewangan.
Sebenarnya, apa yang penting bukanlah gaji yang tinggi, tetapi, ilmu pengurusan kewangan yang betul dan sikap sendiri terhadap wang yang dimiliki.
Apabila gaji bertambah, usahlah berasa terlalu teruja dan gelap mata.
Sepatutnya, sebahagian daripada gaji yang bertambah itu hendaklah ditambah kepada tabung simpanan, bukannya semua dihabiskan kepada perbelanjaan.
Setiap kali berbelanja, kena selalu bezakan antara keperluan dan kehendak.
Sentiasa buat perancangan dan bajet, dan patuh kepada bajet tersebut.
Berbelanja ikut kemampuan sendiri, dan sentiasa tanamkan rasa cukup dan syukur dengan rezeki yang diperoleh.
InsyaAllah, dengan sentiasa amalkan perkara-perkara ini, walau sebesar atau sekecil mana pun gaji yang diperoleh, kita akan sentiasa mendapat hidup yang selesa, tenang dan bebas daripada belenggu masalah kewangan.
2 – “Simpan duit apabila ada duit lebih sahaja”
“Dapat gaji, bolehlah beli itu-ini. Makan di sana-sini. Puaskan dulu kehendak diri. Kalau ada duit lebih, barulah simpan.”
“Penat-penat kerja, dapat gaji, mestilah nak belanja untuk kepuasan diri-sendiri dulu. Buat apa nak simpan duit.”
Masih ramai sebenarnya yang berpegang dengan kata-kata di atas.
Namun akibatnya, mereka masih gagal menyimpan.
Sudah tentulah, sebab nak harapkan ada duit lebih terlebih dahulu baru nak menyimpan, memang susah.
Duit, kalau dah mula dibelanjakan, memang susah nak berhenti.
Memang susah nak biarkan ada baki untuk disimpan.
Jadi, cara nak atasi masalah ini, kenalah tukar mindset.
Simpan dulu sebelum berbelanja.
Apabila dapat gaji, simpan dulu sebahagiannya, lupakan, dan yang selebihnya barulah dibelanjakan.
Prinsip penting dalam menyimpan; sanggup berkorban kesenangan hari ini untuk kesenangan hari esok.
Contohnya, yang bergaji RM 3,000 sebulan, disarankan untuk simpan terlebih dahulu dalam jumlah minimum RM 300.
Bayangkan, dengan RM 300, macam-macam perkara juga boleh dibeli untuk memenuhi kehendak yang membuak-buak.
Tetapi, demi membina tabung simpanan dan mengejar matlamat kewangan yang diingini, sanggup dikorbankan keseronokan membelanjakan duit tersebut demi disimpan ke dalam tabungan.
Jika konsisten, hasil tabungan nanti akan memberikan kesenangan pada masa hadapan.
3 – “Gaji sikit, susah nak menyimpan”
Ramai juga yang memberikan alasan pendapatan yang kecil menjadi penghalang untuk menyimpan secara konsisten.
Ya, tidak dinafikan, dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi sekarang, memang agak sukar bagi mereka yang berpendapatan kecil untuk menyimpan.
Tetapi, kalau boleh, janganlah sentiasa jadikan perkara ini sebagai alasan untuk tidak menyimpan.
Mulakan menyimpan dengan jumlah yang kecil dahulu, pastikan konsisten setiap bulan.
Ini penting untuk memupuk tabiat menabung terlebih dahulu.
Nanti apabila pendapatan semakin bertambah, akan lebih mudah dan seronok untuk menyimpan kerana telah terdidik pada ‘waktu susah’ dulu.
Pada masa sama, disarankan juga setiap kali mendapat duit tambahan seperti bonus, hadiah atau pun bantuan, lebih baik duit tersebut disimpan jika tiada apa-apa keperluan mendesak pada waktu tersebut.
Ingatlah pepatah lama, “Sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit”
4 – “Jimat-cermat pada waktu gawat sahaja”
“Waktu senang, bolehlah berbelanja lebih. Waktu susah, pandai-pandailah berjimat-cermat”
Mesti anda pun pernah dengar orang luahkan kata-kata di atas, bukan?
Masa banyak duit, bukan main seronok lagi berbelanja.
Apabila duit dah tinggal sedikit, barulah mula nak berjimat-cermat.
Hakikatnya, bukan begini yang sepatutnya diamalkan.
Perbelanjaan hendaklah dikawal bukan sahaja pada setiap masa, tak kira pada waktu senang, dan lebih-lebih lagi pada waktu susah.
Utamakan perbelanjaan-perbelanjaan keperluan berbanding kehendak, sentiasa ikut bajet yang dibuat dan kemampuan kewangan sendiri.
Kunci utamanya adalah bersederhana; jangan terlalu boros, dan jangan pula terlalu kedekut sehingga menyusahkan diri.
Ambillah iktibar daripada pengajaran surah Yusuf.
Dalam surah ini, diajarkan supaya berjimat-cermat dan banyakkan menyimpan pada waktu senang, supaya nanti apabila tiba waktu gawat, hasil simpanan tersebut dapat digunakan untuk menempuh waktu sukar tersebut.
Begitulah yang sepatutnya kita amalkan dalam pengurusan kewangan peribadi sendiri.
5 – “Duit banyak-banyak, bukan boleh bawa masuk kubur”
Kata-kata di atas sering dilemparkan sebagai sindiran kepada golongan yang pandai urus duit.
Kononnya, sia-sia sahaja menguruskan duit dengan baik, simpan duit banyak-banyak, sebab tak boleh di bawa mati pun.
Ya, memang betul, duit yang banyak memang tidak boleh di bawa masuk kubur.
Tetapi, dengan duit yang banyaklah, dapat membantu untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan di alam sana.
Bagaimana?
Bukankah dengan duit yang banyak, akan membantu kita untuk menunaikan zakat, sedekah dan wakaf dengan lebih mudah?
Apabila kita bijak menguruskan kewangan, sudah tentu kita tidak akan meminggirkan amalan mengeluarkan zakat.
Sebahagian duit juga boleh disedekahkan secara konsisten kepada mereka yang memerlukan.
Apabila meninggal dunia, bukan sahaja boleh diwasiatkan harta kepada waris, malah boleh diwakafkan juga.
Zakat, sedekah, wakaf; insyaAllah semua ini jika dilakukan dengan ikhlas, akan menjadi ‘pelaburan’ yang berterusan memberikan hasil.
Semua ini boleh dicapai dengan pengurusan kewangan yang baik.

Isnin, Februari 26

Sebab-sebab Permohonan Pinjaman Kenderaan Ditolak

Berikut adalah sebahagian dari alasan dan sebab kenapa pinjaman kenderaan anda ditolak:

Umur

Kebanyakan bank, menetapkan umur pemohon sekitar 23 tahun ke atas berdasarkan tarikh lahir. Hanya beberapa bank sahaja yang masih membenarkan umur 22 tahun ke atas. Dan saya dapat tahu, hanya Bank Islam sahaja boleh memohon jika umur pemohon tersebut 19 tahun ke atas dengan syarat ianya dilakukan menerusi skim graduan.

Umur terlalu berusia 55 tahun ke atas juga menjadi penyebab pinjaman ditolak.

Rekod Hutang Lampau

Untuk kes sebegini, selalunya pemohon tidak mempunyai sejarah hutang seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan pinjaman-pinjaman lain yang melibatkan bank. Selalunya mereka yang berumur 28 tahun ke atas dan masih tidak mempunyai rekod lampau berkaitan hutang atau kredit akan ditolak.

Untuk mereka yang di bawah 28 tahun masih boleh dipertimbangkan oleh bank dengan merujuk beberapa faktor.

Gaji Minima

Ini adalah alasan yang paling kerap terjadi kepada pelanggan. Ramai pemohon gagal pada bahagian ini. Apabila jumlah gaji minima tidak begitu ‘ada’ untuk dilihat sebagai satu kemampuan membayar balik pinjaman, maka pasti bank tidak akan ambil risiko untuk luluskan pinjaman kenderaan anda.

Ada had minima ditetapkan bagi setiap bank. Dan setiap bank pula menetapkan had minima yang berlainan untuk gaji minima ini.

Contohnya:
Maybank – RM 2,500 ke atas
AmBank – RM 3,000 ke atas
Public Bank – RM 2,500 ke atas
BSN – RM 2,000 ke atas

Anda boleh rujuk pada laman web setiap bank untuk lihat had gaji minima ini untuk kelulusan pinjaman kenderaan kerana ia sering berubah dari semasa ke semasa.

Status Jawatan

Tahukah anda, jika status jawatan anda adalah secara kontrak atau sambilan, maka ia merupakan status jawatan yang paling kiritikal bagi pihak bank. Malah, ia menjadi satu keputusan yang sukar untuk sesebuah bank memberikan pinjaman kenderaan.

Selalunya, bank hanya memandang kepada pemohon yang bersatus jawatan tetap sahaja. Akan tetapi, status kontrak kerajaan boleh dipertimbangkan mengikut faktor tertentu.

Faktor Halangan

Zaman sekarang memang banyak faktor-faktor halangan yang menyebabkan pinjaman bank untuk pembelian kenderaan ditolak. Tak seperti 10 tahun dahulu.

Mereka yang mempunyai faktor halangan seperti senaraihitam, CCRIS, SAA (Special Attention Account), AKPK dan penstrukturan semula pinjaman adalah mereka yang dihalang untuk membuat sebarang pinjaman di bank.

Faktor halangan ini bermakna nama anda dah rosak – hatta bukan disebabkan oleh diri anda; contohnya kerana menjadi penjamin kepada pinjaman orang lain.

Usia Perniagaan

Jika anda memohon pinjaman kenderaan menggunakan nama perniagaan, faktor usia bisnes anda adalah antara faktor penting. Bagi mereka yang berniaga, perniagaan mestilah lebih dari dua tahun, dibuktikan dengan tarikh pendaftarn perniagaan.

Rabu, Februari 7

Kadar Cukai Pendapatan Syarikat

1. Syarikat Bermastautin
Syarikat dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta
o   RM500,000 yang pertama
o   Baki Seterusnya

19%
24%
Syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta
24%

2. Syarikat Tidak Bermastautin
Skop Pengenaan Percukaian
Layak dicukai di bawah cukai Malaysia apabila menjalankan perniagaan melalui pertubuhan tetap di Malaysia dan boleh ditaksir ke atas pendapatan yang terakru dari Malaysia.
Kadar Cukai Tidak Bermastautin
Jenis PendapatanKadar (%)
Perniagaan
Sewa
25
Dividen (Franked)
Dividen (Single tier)*
25
0
Pendapatan penghibur profesional
15
Faedah
15
Royalti
10
Pendapatan kelas khas:
  • Sewaan harta alih
10
  • Bayaran untuk khidmat teknikal dan pengurusan yang dijalankan di Malaysia
10
  • Bayaran untuk perkhidmatan yang diberi di Malaysia berkaitan dengan penggunaan harta atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, jentera atau alat-alat lain yang dibeli daripada bukan pemastautin
10
Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT)
  • Selain daripada syarikat bermastautin
10
  • Syarikat tidak bermastautin
25
  • Institusi pelaburan asing
10
Berkuatkuasa 01/01/2007
*Dengan pengenalan sistem single tier berkuatkuasa 1.1.2008, semua dividen adalah dikecualikan cukai ditangan penerima. Bagaimanapun syarikat yang masih mempunyai kredit seksyen 108 di bawah sistem imputasi diberi tempoh peralihan sehingga 31.12.2013 untuk mengeluarkan dividen seperti biasa bagi membolehkan baki kredit seksyen 108 dihapuskan.